ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Isu Masuk Syurga: Transkrip Kenyataan Nik Aziz

8/21/2009 02:11:00 PM


KUALA LUMPUR 20 Ogos
– TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.


Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO."

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Pautan asal di sini.

Read On 4 comments

Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir Akan Diadakan Ekoran Kematian Penyandangnya

7/31/2009 02:14:00 PM


AMPANG - 31 Julai '09:
Satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan dalam tempoh 60 hari daripada sekarang ekoran kematian penyandangnya, Datuk Hamdan Abdul Rahman (PAS) yang menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 6:30 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) kerana sakit jantung.


Innalillahi wa'inna ilaihi roji'un. Al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solehin dan solehah. Amin... Juga takziah diucapkan kepada balu allahyarham, Datin Siti Khariah Ismail dan enam orang anaknya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN PAS) Permatang Pasir itu dimasukkan ke IJN beberapa hari lalu bagi mendapatkan rawatan.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, selewat-lewatnya 10 Ogos ini.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata bagaimanapun pihaknya masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu daripada Speaker (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain yang kemungkinan akan diserahkan kepadanya selewat-lewat Isnin ini.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Read On 0 comments

Akhirnya Jelas Nik Aziz Sememangnya Ular Dalam Semak

7/29/2009 06:35:00 AM


JAKARTA - Rabu, 29 Julai '09: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah jelas menunjukkan sikap tidak ikhlasnya apabila berdolak-dalik dengan kenyataan kerjasamanya yang tidak konsisten. Beliau boleh bercakap apa sahaja sepertimana yang saya peringatkan sebelum ini agar UMNO/BN sentiasa berwaspada. Semalam lain, hari ini lain dan esok lain pula, itulah sebenarnya Nik Aziz. Beliau sesuai dilabelkan sebagai "ular dalam semak" dan tidak layak dianggap sebagai seorang ulamak.

Adalah tidak keterlaluan jika saya katakan perjuangan Nik Aziz bukan berlandaskan perjuangan Islam yang tulen malah hanya mahu menangguk di air keruh demi mencari kepentingan untuk diri sendiri dan untuk keberuntungan parti PAS yang sudah jauh terpesong daripada landasan sebenar. Nik Aziz bukan seorang pejuang Islam sejati tetapi umpama "dajal di akhir zaman" yang bertopengkan agama suci Allah bagi mengelirukan umat Islam yang cetek ilmu agama dan akidah.

Pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang terlalu mudah lembut hati dan diperdaya dengan janji-janji manis kerjasama oleh Nik Aziz bagaikan ikan-ikan yang termakan umpan kail yang sengaja dipasang Nik Aziz untuk memerangkap pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Tindakan Nik Aziz mempelawa kerjasama hanyalah untuk melihat sejauh mana terdesaknya di pihak UMNO/BN sahaja dan bukan atas dasar perjuangan untuk memartabatkan agama dan bangsa Melayu.

UMNO/BN sepatutnya sudah boleh menilai daripada awal siapa sebenarnya Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain sejak mereka mula menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP lagi. Pemimpin-pemimpin DAP sudah jelas menolak agama Islam sebagai agama rasmi dan juga berusaha mahu menghapuskan kekuatan bangsa Melayu apabila berani mempertikaikan "hak-hak istimewa" orang-orang Melayu di bumi Malaysia tetapi PAS sanggup bersekongkol dengan mereka. Sejak itu jugalah PAS sudah nampak akan keuntungannya dan kerana itulah PAS memperkenalkan slogan barunya "PAS for all" bagi menarik sokongan golongan bukan Islam dan bukan Melayu.

Daripada senario yang berlaku ini maka kita dapat menilai bahawa UMNO/BN lebih telus dan lebih ikhlas mahu bekerjasama dengan mereka (jika disambut baik) tanpa syarat dan tidak sebagaimana yang sering diutarakan oleh pemimpin-peminpin mereka yang suka meletakkan pelbagai kondisi. Malangnya tidak sampai pun beberapa hari atas kesanggupan kerjasama, kita dihidangkan pula dengan pelbagai kenyataan-kenyataan baru Nik Aziz yang lebih celupar daripada si kafir harbi.

Kenyataan "pergi jahanam dengan UMNO" samalah seperti menjahanamkan bangsa dan agama sendiri kerana beliau tahu dan sedar bahawa di dalam parti UMNO terdiri daripada 100 peratus umat Islam dan bangsa Melayu yang sebangsa dan seagama dengannya. Apakah ini sikap dan teladan daripada seorang yang menganggap dirinya ulamak besar? Fikir-fikirkanlah wahai seluruh umat Islam dan bangsaku...

"JANGAN JADI MELAYU YANG MUDAH LUPA"

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Read On 2 comments

Misteri Kematian Menggemparkan Mendiang Teoh Beng Hock Wajar Diselesaikan Segera

7/21/2009 05:00:00 AM


AMPANG - Selasa, 21 Julai '09: Misteri kematian menggemparkan mendiang Teoh Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian amat wajar diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan insiden berkenaan terus dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat.

Saya turut merasa kesal dan sedih dengan tragedi yang telah menimpa mendiang. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan bakal isteri mendiang.

Mendiang ditemui mati di koridor luar tingkat 5 bangunan Plaza Masalam, Shah Alam setelah dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di bangunan yang sama.

Insiden itu yang berlaku selepas Teoh Beng Hock disoal siasat oleh pegawai SPRM menimbulkan tanda tanya orang ramai samada beliau membunuh diri dengan bertindak terjun, terjatuh atau menjadi mangsa sebarang salah laku.

Sehingga lewat petang semalam, PDRM melaporkan hasil siasatan baru selesai 60% dan tinggal lagi 40% untuk disiapkan. Begitulah mengikut apa yang diulas oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Pihaknya yakin kes tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini ekoran perkembangan itu dan pihak polis akan membuat pengumumannya nanti.

Insiden kematian mendiang Beng Hock dianggap ramai sebagai kejadian tragis yang telah menggemparkan seluruh negara kerana ianya terjadi ketika dalam soal siasat isu rasuah di pejabat SPRM. Kejadian ini juga telah menimbulkan banyak andaian-andaian negatif terhadap integriti badan berkenaan.

Kes ini perlu diselesaikan dengan segera secara telus oleh pihak PDRM bagi mengelakkan segala tohmahan liar daripada pihak pembangkang yang gemar mempolitikkan apa sahaja isu-isu semasa meski pun para pemimpin negara dan pihak berkuasa sudah memperingatkan pihak-pihak tertentu agar tidak membuat tuduhan melulu selagi belum memperolehi hasil siasatan yang lengkap.

Kita berharap semoga insiden-insiden seumpamanya tidak akan berulang lagi pada masa-masa akan datang kerana hal-hal sedemikian hanya mencalar imej badan berkenaan yang sepatutnya bertindak dengan lebih profesional di dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Read On 0 comments

LPKP, JPJ dan PDRM Perlu Lebih Tegas Pantau Kenderaan Awam

7/15/2009 02:54:00 AM


KUALA LUMPUR - 15 Julai '09: Jam 1:30 tengahari semalam, sebuah bas RapidKL yang membawa 28 penumpang dari Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di susur keluar Jalan Pantai Baru dekat Lebuhraya Persekutuan menyebabkan enam penumpang cedera parah.

Dua penumpang lelaki dan empat penumpang wanita cedera parah, manakala 22 penumpang yang lain bersama pemandu bas tersebut mengalami kecederaan ringan. Semua mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk diberikan rawatan kecemasan.

Walaupun dilaporkan bas berkenaan hilang kawalan selepas sebuah kereta tiba-tiba memotong ke kiri laluannya sehingga menyebabkan bas itu melanggar pembahagi jalan sebelum terjunam ke laluan motosikal pada ketinggian lima meter tetapi saya percaya ianya berpunca daripada sikap cuai pemandu bas awam itu.

Saya sendiri pernah menaiki kenderaan awam di bandaraya Kuala Lumpur termasuklah bas RapidKL. Kebanyakan pemandu bas kenderaan awam lebih mementingkan diri mereka sendiri daripada memikirkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Ini sering saya perhatikan dengan sikap pemandu kenderaan awam.

Kemalangan membabitkan kenderaan awam dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini khususnya bagi perjalanan jarak jauh seperti bas-bas ekspres dan bas-bas persiaran.

Meskipun kemalangan yang membabitkan kenderaan awam dalam bandar agak kurang tetapi kecuaian seperti ini boleh mengancam nyawa penumpang-penumpang yang sering menggunakan perkhidmatan kenderaan awam.

Selain RapidKL, syarikat bas SJ dan Metro adalah di antara kenderaan awam di Lembah Kelang yang menggunapakai khidmat pemandu yang sangat biadab dan kurang ajar.

Menurut pengakuan beberapa pegawai polis IPD Ampang Jaya, walaupun mereka sering mengeluarkan surat saman kepada para pemandu syarikat bas berkenaan tetapi seolah-olah tiada apa-apa kesan yang ditakuti oleh mereka. Kesalahan jalanraya saban hari tetap dilakukan oleh pemandu-pemandu bas berkenaan tanpa rasa insaf.

Memandangkan kesedaran sivik tidak ada di kalangan pemandu bas awam, saya mengesyorkan pihak berkuasa seperti LPKP, JPJ dan PDRM agar mempertingkatkan operasi dari semasa ke semasa bagi menangkap pemandu-pemandu bas awam yang memandu dalam keadaan yang membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Jika saman sudah tidak diendahkan lagi, tindakan lebih tegas seperti tangkapan untuk dakwaan dan juga menggantungkan lesen memandu serta lesen PSV mereka perlu dilaksanakan supaya dapat memberi kesedaran kepada rakan-rakan pemandu bas awam yang lain.

Selain daripada itu, syarikat bas berkenaan juga wajar diambil tindakan undang-undang yang lebih tegas. Ini sebagai satu pengajaran kepada syarikat bas awam agar lebih berhati-hati dan lebih teliti di dalam mengambil para pemandu untuk syarikat mereka.

Statistik PDRM dan JPJ telah membuktikan, banyak kemalangan maut yang berlaku dan membabitkan kenderaan awam adalah dipandu oleh pemandu yang mempunyai banyak rekod saman dan kesalahan lalulintas tetapi masih bebas diberi peluang bekerja oleh syarikat-syarikat bas awam. Ada sesetengahnya di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Pihak berkuasa terbabit seperti Kementerian Pengangkutan dan semua agensi-agensi di bawahnya termasuklah polis trafik dan unit trafik PBT haruslah menggembleng tenaga membuat pemantauan bersepadu di dalam menangani kecuaian-kecuaian pemandu kenderaan awam.

Cegahlah sebelum terlambat, sebelum lebih ramai orang awam menjadi mangsa kemalangan jalanraya akibat kecuaian pemandu kenderaan awam. Kesedaran wajib diutamakan!

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Read On 0 comments

Manek Urai: Teka Teki Sudah Terjawab, Kemunduran Menjadi Pilihan

7/15/2009 01:15:00 AM


AMPANG - 15 Julai '09: Malam tadi kita semua telah mendapat jawapan teka teki mengenai siapakah wakil rakyat baru DUN N.41 - Manek Urai dalam jajahan Kuala Krai, Kelantan.

Tidak lari daripada telahan awal saya sebelum ini. Bukanlah mudah untuk meyakinkan mengenai kemajuan dan pembangunan sedangkan ketaksuban rakyat Kelantan terhadap lambang bulan dan warna hijau begitu tebal sekali.

Kemenangan sekali lagi telah memihak kepada calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah yang memperolehi 5,348 undi berbanding calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat yang hanya mendapat 5,283 undi sahaja. BN kalah tipis sejumlah 65 undi sahaja.

Walaupun tewas namun ia masih boleh dianggap satu kemenangan besar buat BN yang telah berjaya mengurangkan majoriti undi PAS. Mohd Fauzi adalah seorang pemborong ikan dan beliau berjaya menang pun umpama "nyawa-nyawa ikan".

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam tadi.

DUN Manek Urai mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos. Seramai 10,631 orang atau 87 peratus telah keluar mengundi semalam. Peratusan yang keluar mengundi sedikit meningkat dan ia satu petanda yang amat baik.

Menang atau kalah adalah adat dalam pertandingan. Ayat ini ayat yang sinonim kita dengar dalam pertandingan. Apa pun syabas dan tahniah kepada yang menang, takziah buat yang kecundang.

Juga syabas saya ucapkan kepada rakyat di Manek Urai yang terus memilih kemunduran daripada kemajuan. Selepas ini janganlah pula ada kedengaran tuntutan terhadap janji-janji BN jika tiada pelaksanaan pembangunan dibuat, setelah orang-orang Manek Urai tidak bersatu mahu memberi sokongan padu kepada BN. Mohonlah kemajuan dan pembangunan daripada wakil rakyat PAS yang baru itu.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Read On 0 comments

Najib Buat 11 Pengumuman Mesra Rakyat Sempena 100 Hari Jadi PM

7/11/2009 08:47:00 PM


KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama)
-- Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Sabtu ini membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.


Berucap di majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Perdana Menteri berkata, untuk meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.

Najib berkata ini adalah satu keputusan atau penyelesaian sementara sahaja, sementara menunggu kajian keseluruhan mengenai kadar tol yang menurutnya akan mengambil masa.

Katanya beliau pernah diberitahu oleh seorang pengguna jalan bertol yang dirinya terpaksa membayar tol lebih kurang RM300 sebulan manakala gaji bulanannya RM3,000, yang menurut Perdana Menteri:" Orang ini hanya mendapat gaji 11 bulan sahaja setahun, kerana gaji satu bulan lagi habis dibelanjakan untuk pembayaran tol setahun.

"Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan pada rakyat terutamanya yang menggunakan jalan tol setiap hari," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh lebih 5,000 hadirin di dalam dan luar pusat konvensyen itu yang penuh sesak.

Dalam ucapan hampir 50 minit yang dimulakan tepat 11.11 pagi yang menandakan 11 Julai, genap 100 hari menjadi Perdana Menteri selepas dilantik pada 3 April lepas, Najib juga mengumumkan bahawa penyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah di bawah program itu.

Katanya sejumlah 44,000 unit rumah ditawarkan yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Satu lagi pengumuman mesra rakyat Perdana Menteri melibatkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru.

Najib berkata ini sebagai memenuhi permohonan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia bagi pengurangan bayaran lesen yang dikemukakan kepada beliau pada satu majlis di Tanjung Karang, Selangor bulan lepas.

"Ini akan memberi banyak kelegaan...saya harap negeri-negeri lain akan ikut langkah di Wilayah Persekutuan ini. Mudah-mudahan (bayaran) lesen-lesen lain juga akan dikurangkan," katanya.

Selain itu Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang telah diberikan setakat ini.

Menurut Perdana Menteri dasar membantu pemandu teksi dibuat memandangkan pada masa sekarang terdapat ramai pemandu teksi yang terpaksa menyewa harian dengan pembayaran seperti RM50 sehari, di samping kos lain seperti minyak.

Najib juga mengumumkan bahawa caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.

Menurutnya beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang.

"Setelah berunding dengan sekolah-sekolah memandu, caj (kadar) bayaran latihan (belajar) dikurang kepada RM211. Dan berdasar riak tadi, saya membayangkan memang tepat keputusan tadi," katanya sebagai mengulas reaksi tepukan gemuruh daripada ramai hadirin sebaik sahaja beliau mengumumkan pengurangan itu.

Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa menjelang 2010, seramai 10,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.

Najib juga berkata satu lagi tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit.

Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, katanya.

Najib juga mengumumkan peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.

Selain itu, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil langkah-langkah drastik ke arah mengurangkan jenayah dan rasuah di negara ini, dan maklumat mengenainya akan diumumkan hujung bulan ini.

Satu lagi pengumuman mesra rakyat Perdana Menteri hari ini adalah berkaitan pendaftaran kelahiran, yang menurutnya ramai juga yang lambat mendaftarkan kelahiran dan kerajaan akan terus mempergiatkan usaha memperbaiki keadaan itu.

Najib berkata di Sabah, semenjak 2005, sebanyak 36,000 permohonan pendaftaran telah diterima dan daripada jumlah itu 92 peratus diluluskan.

Di Sarawak pula, semenjak 2005, sebanyak 19,000 permohonan telah diterima dan dari jumlah itu, 80 peratus permohonan telah diluluskan.

Dalam pengumuman mengenai kewarganegaraan pula, Najib mengumumkan bahawa jumlah permohonan tertangguh pada 1 Nov 2008 adalah sebanyak 34,000, dan sehingga bulan lepas, sebanyak 46 peratus telah selesai dibuat keputusan dan usaha akan dipergiatkan lagi untuk menyelesaikan baki permohonan.

Di majlis itu, Najib turut membuat pengumuman mengenai infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak, dan menurutnya kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di kedua-dua negeri, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.

Dalam konteks infrastruktur ini, Najib juga berkata liputan bekalan air minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, begitu juga bekalan elektrik, dan pengumuman mengenainya akan dibuat hujung bulan ini.

Najib yang menyifatkan majlis hari ini sebagai "perjumpaan yang sangat bersejarah" berkata keputusan-keputusan yang dibuat itu adalah "keputusan istimewa untuk rakyat Malaysia".

"Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan," katanya.

-- BERNAMA - Pautan asal di sini.

Read On 0 comments

Manek Urai - Calon PAS Yakin Tak Perlu Kerja Kuat Boleh Menang

7/10/2009 11:14:00 PM

AMPANG - Jumaat, 10 Julai '09:
Saya setuju dengan kata-kata calon PAS, Mohd Fauzi yang bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan bahawa jentera PAS tidak perlu bekerja keras dalam kempennya. Sentimen taksub pengundi terhadap PAS menjadi sandaran penilaian beliau. Di bawah ialah petikan kenyataan beliau...


Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah berkata beliau tidak perlu bekerja keras seperti dilakukan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat untuk menawan hati pengundi kerana berpendapat tidak banyak isu yang perlu diterangkan kepada rakyat di Manek Urai.

"Saya tidak perlu bekerja keras tetapi hanya perlu berdamping dengan pengundi. Tidak banyak isu yang perlu untuk saya jelaskan kepada pengundi," kata Mohd. Fauzi.

Mohd. Fauzi mendakwa pengundi di Manek Urai sememangnya tidak memerlukan wakil rakyat berpelajaran tinggi seperti beliau tetapi yang penting ialah memastikan harapan rakyat dibela dan diberi perhatian tinggi.

Walaupun tidak berpendidikan tinggi tetapi beliau begitu yakin pengundi-pengundi di Manek Urai pasti akan memilih beliau pada 14 Julai nanti.

Seperti yang kita maklum, Kelantan sudah hampir 20 tahun berada di bawah kepimpinan PAS yang ditadbir oleh Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Biar pun tiada sebarang kemajuan dan pembangunan namun rakyatnya masih menaruh harapan tinggi kepada PAS hanya kerana nak masuk syurga.

Itulah amanat yang sering ditanamkan kepada rakyat oleh kepimpinan PAS. Bunyinya macam bodoh tetapi itulah hakikatnya. Mereka tidak memahami Islam tetapi mereka memperjuangkan Islam. Islam tidaklah susah untuk difahami tetapi mereka yang menyusahkan akal fikiran mereka sendiri. Mereka yang mengelirukan kefahaman mereka.

Boleh dikatakan majoriti generasi tua di Kelantan terlalu fanatik dan taksub kepada lambang bulan dan warna hijau. Golongan muda pula sedang hanyut dilambung angan-angan Datuk Seri Anwar Ibrahim nak menjadi Perdana Menteri.

Generasi muda pula mahukan kebebasan luar batasan apabila mampu mengangkat Ketua Umum PKR itu kerana mereka yakin apabila Datuk Seri Anwar naik maka satu rang undang-undang kebebasan luar biasa pasti akan digubalkan sebagai membalas budi atas sokongan golongan muda.

Orang-orang tua di Kelantan risau kepada pembangunan dan kemodenan kerana takut anak cucu mereka terjebak dengan perkara-perkara maksiat dan jenayah. Tapi malangnya mereka terlepas pandang anak cucu mereka lari keluar dari Kelantan mencari kerja dan hidup bebas di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur serta bandar-bandar lain di utara dan selatan, juga ramai yang sudah terjebak dalam kegiatan maksiat, judi, jenayah lain dan sebagainya.

Janji-janji BN yang menjadikan Manek Urai bukan sekadar anak angkat malah anak emas saya fikir hanya sia-sia sahaja kerana pengundi di Manek Urai tetap akan menolak pembangunan dan kemajuan. Mereka sudah lali dan selesa hidup dalam suasana yang mundur. Mereka memang tidak mahukan sebarang kemajuan.

Mengikut ramalan saya secara peribadi, pilihan raya kecil DUN Manek Urai tetap akan memihak kepada PAS sebagai penyandang kerusi DUN berkenaan. Sukar bagi BN untuk menawan kembali kerusi tersebut. Jika BN berjaya di Manek Urai bermakna satu kejutan baru ke arah transformasi yang lebih berjaya.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Berita berkaitan isu di sini.

Read On 0 comments

Kerana Babi Pembangkang Bersatu, Kerana Babi Juga Mereka Bergaduh

7/03/2009 02:14:00 PM


AMPANG - Jumaat, 3 Julai '09:
Menyingkap kemenangan besar parti-parti pembangkang dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, PAS, PKR dan DAP mula bergabung membentuk sebuah pakatan pembangkang dan menguasai beberapa negeri di Semenanjung. Mereka menamakannya sebagai Pakatan Rakyat.


Walaupun Pakatan Rakyat bukan sebuah pertubuhan berdaftar namun mereka terus bersatu dan bergabung atas nama tersebut sehingga hari ini. Keakraban ketiga-tiga parti pembangkang itu terserlah lagi apabila kerajaan Selangor di bawah kepimpinan pembangkang mengusulkan projek mega ternakan babi.

Isu projek mega ternakan babi yang dicetuskan oleh kerajaan Selangor di bawah pakatan pembangkang itu disambut baik oleh kesemua pemimpin Islam dalam pakatan pembangkang termasuklah ulamak-ulamak PAS.

Apabila UMNO membantah projek berkenaan mereka saling sepakat membela dan mempertahankan projek mega ternakan babi tersebut sehingga terkeluarlah segala nas-nas bagi menghalalkan perusahaan babi itu oleh mulut-mulut pemimpin PAS khususnya daripada ulamak-ulamak mereka.

Hari ini, DAP Kedah secara terbuka menyatakan dengan tegas bahawa mereka mahu keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran rasa tidak puas hati mereka kerana kerajaan negeri pimpinan PAS telah merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di negeri itu yang terletak di Kampung Berjaya, Alor Setar.

Menurut laporan Bernama semalam, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (PKR), YB Zulkifli Noordin mengulas dan menyatakan rasa setuju dengan tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang merobohkan pusat penyembelihan babi itu dan menempelak kepimpinan DAP.

Katanya, "apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri itu betul dan pengusaha penternakan babi itu telah diberikan tempoh sebulan untuk berpindah ke tempat lain namun selepas sebulan tidak juga berpindah, maka MBAS robohlah".

Zulkifli juga berkata isu membabitkan pusat penyembelihan babi adalah isu lama yang telah berlarutan dan menurutnya kerajaan negeri juga sudah memberi notis namun tidak diendahkan oleh pengusaha terbabit.

Tambah Zulkifli lagi, "nasihat saya pada DAP supaya lebih berhati-hati kerana tindakan mereka itu seperti membelakangkan Pakatan Rakyat". Ini dilihat beliau sebagai satu tindakan yang cuba mengongkong pakatan pembangkang dan seolah-olah DAP tidak menghormati parti-parti lain yang berada di dalam pakatan pembangkang.

Ketegangan di antara DAP, PKR dan PAS di dalam Pakatan Rakyat sudah tidak mampu disorokkan lagi. Segalanya berpunca akibat daripada babi. Begitulah hebatnya Allah SWT menurunkan musibah kepada pejuang-pejuang perusahaan babi yang akhirnya menjurus kepada kekalutan dan percakaran di kalangan mereka sesama sendiri.

Bukan hanya sekadar penyakit merbahaya JE atau A-H1N1 sahaja malah penyakit "tegang urat leher" juga Allah SWT turunkan buat hamba-hambaNya yang amat degil serta ingkar akan perintahNya.

Itulah bahana yang tempias daripada haiwan bernama babi. Manusia dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit sehingga turut mengalami "sindrom pergaduhan tegar" sesama sendiri. Masya'Allah hebat sungguh kuasa yang maha esa!

Turut menghairankan saya apabila pertama kalinya saya mendengar penggunaan istilah "sembelih" ke atas babi oleh orang-orang bukan Islam. Terlintas di benak fikiran saya, sejak bila pula kaum bukan Islam mula pandai menyembelih haiwan sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Islam? Babi pulak tu...!

Apakah setelah ulamak-ulamak PAS menghalalkan perusahaannya? Pelik tetapi benar! Macam-macam hal dicetuskan oleh pembangkang.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Berita berkaitan isu di sini.

Read On 1 comments

CTOS Pengkhianat Malah Membantutkan Ekonomi Negara

7/01/2009 11:43:00 PM


AMPANG - Rabu, 1 Julai '09: Isu mengenai CTOS bukanlah satu isu baru kepada rakyat Malaysia malah boleh dikatakan majoriti rakyat sudah bosan serta amat jelak. Fungsinya yang sebenar sudah melencong dan tersasar. Ketelusan pelaksanaannya sudah tidak relevan malah sering dipertikaikan.

Sungguhpun ia membantu pihak bank tetapi dalam masa yang sama ia mengkhianati rakyat secara terang-terangan malangnya tiada apa-apa tindakan susulan oleh pihak Bank Negara dan kerajaan Malaysia ke arah mengatasi atau membaikpulih sistem berkenaan meskipun telah banyak aduan disuarakan oleh rakyat.

Hari ini ia menarik perhatian wakil-wakil rakyat dan menjadi isu hangat yang dibincangkan di Dewan Rakyat. Isu ini telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ledang, YB Tuan Ir. Haji Hamim Samuri. Kata YB Ledang itu, CTOS telah banyak menyusahkan rakyat negara ini di samping melembapkan perkembangan ekonomi negara tanpa kita sedari.

Sebagai contohnya, urusan perbankan kini menjadi terbatas dan urusan menjual-beli hartanah pula begitu terhad apabila peminjam sering dikaitkan dengan CTOS. Beliau juga menggesa agar pihak bank di negara ini tidak terlalu taksub dengan CTOS secara melampau.

Isu ini disambut baik oleh Ahli Parlimen Maran, YB Datuk Haji Ismail Haji Abd Muttalib yang menyuarakan rasa setujunya dengan apa yang dibangkitkan oleh YB Ledang itu di samping turut membuat sedikit ulasan mengenainya. Kesimpulan beliau, CTOS benar-benar menyusahkan orang ramai.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, YB Datuk Bung Moktar Radin juga mencelah mengenai isu CTOS yang juga dianggap sebagai mengkhianati rakyat berdasarkan contoh seorang peminjam yang teraniaya apabila namanya masih tersenarai sedangkan segala hutang-hutangnya telah lama dilunaskan.

Rumusannya, ketiga-tiga Ahli Parlimen berkenaan menggesa pihak Bank Negara dan kerajaan agar fungsi CTOS dibuat kajian semula demi tidak membebankan rakyat.

Sebagai bersetuju dengan kenyataan YB Datuk Bung Moktar Radin, saya ingin menambah satu contoh terkini yang mana ianya satu kebenaran yang mengenai batang hidung anak lelaki saya sendiri baru-baru ini ketika beliau memohon pinjaman sewa-beli kenderaan dengan beberapa pihak bank komersil.

Lebih kurang dua tahun yang lalu anak saya membuat pinjaman sejumlah RM9,000 sahaja. Setahun yang lalu anak saya hanya terlewat melunaskan ansuran bulanan sebanyak RM150 sebulan bagi tempoh tiga empat bulan sahaja. Jumlah terkumpul yang gagal dilunaskan hanyalah RM450 sahaja tetapi namanya terus tersenarai dalam CTOS.

Apabila ansurannya sudah dikemaskini dan tiada lagi apa-apa bayaran tertunggak sejak hampir setahun sehingga kini, namanya masih tetap tersenarai tanpa dihapuskan oleh pihak CTOS. Ini merupakan satu kes penganiayaan oleh pihak CTOS yang amat tidak bertanggungjawab.

Bila hendak menyenaraihitamkan nama orang, mereka begitu cepat sekali bertindak pantang menerima laporan daripada pihak bank tetapi bila hendak menghapuskan nama orang yang sudah bersih daripada hutang, mereka buat-buat lupa.

Pihak Bank Negara dan kerajaan wajib mengambil perhatian serius mengenai isu ini dan menyelesaikan kes-kes penganiayaan sedemikian. Jika dibiarkan tanpa diatasi, isu seperti ini akan menular menjadi "kudis buta" di mana pembangkang juga yang bakal menangguk di air keruh dengan mengatakan kerajaan tidak bertanggungjawab menangani isu-isu rakyat.

Pemimpin-pemimpin yang berada di dalam kabinet khususnya yang berkenaan dengan isu yang dibangkitkan (Kementerian Kewangan), lebihkanlah bekerja daripada banyak bercakap. Setidak-tidaknya jadikanlah ianya seimbang sepanjang masa. Jangan banyak bercakap tetapi isinya tiada. Bila dilabelkan sebagai "tong kosong" kita mungkin melenting. Fikir-fikirkanlah!

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Read On 0 comments

Zambry Pertahan Harussani

6/28/2009 04:19:00 AM


Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my

IPOH 27 Jun - ''Apabila mufti tegur Barisan Nasional (BN), mereka tepuk tangan tetapi apabila tegur mereka, mufti kena hentam."

Itulah reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terhadap tindakan pengikut PAS yang membidas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria gara-gara kenyataan beliau tentang kerajaan perpaduan.

Zambry berkata, Mufti Perak bukan orang politik dan beliau membuat teguran sebagai seorang ulama yang cintakan kesejahteraan.

''Sikap penyokong PAS ini tidak melambangkan mereka mewakili parti Islam kerana Islam mementingkan keadilan,'' katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pemuda PAS Perak yang melahirkan rasa kecewa mereka terhadap pandangan Harussani ekoran kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO.

Harussani sebelum ini melahirkan rasa kecewanya dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi terlalu taksub sehingga sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik masing-masing.

Mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin dan mengatakan parti itu lebih teruk daripada komunis, Zambry berkata, 'tok guru' juga manusia biasa dan tidak terlepas melakukan kesalahan.

Katanya, ini terbukti apabila Nik Aziz terpaksa membuat penjelasan bagi memperbetulkan kenyataannya dengan mendakwa ia hanya sekadar kiasan.

''Nik Aziz dianggap oleh pengikut beliau sebagai seorang yang alim dan semua orang menghormati beliau tetapi 'tok guru' juga perlu diperbetulkan.

''Tok guru pun melakukan kesilapan kerana dia cuma manusia biasa, bukannya maksum yang tidak melakukan sebarang kesalahan,'' katanya.

Pautan asal di sini.

Read On 0 comments

Raja Pop Dunia Michael Jackson Meninggal Dunia

6/28/2009 04:14:00 AM


KUALA LUMPUR - Sabtu, 27 Jun '09:
Bagaikan percaya tidak percaya kita dikejutkan dengan kematian Raja Pop Dunia, Michael Jackson atau dikenali sebagai Jacko, 51.


Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2:26 petang, 26 Jun 2009 waktu Los Angeles (5:26 pagi, 27 Jun waktu Malaysia) di rumah mewah yang disewanya di Holmby Hills sebelum dikejarkan ke sebuah hospital oleh sepasukan paramedik selepas jantungnya dikatakan gagal berfungsi.

Dunia kehilangan seorang penyanyi popular yang amat diminati ramai. Jika benar laporan berita sebelum ini mengesahkan bahawa Jacko telah berkesempatan memeluk Islam maka saya turut mengucapkan takziah dan inna lillahi wa'inna ilaihi roji'un kepada beliau. Semoga rohnya aman tenteram dan Islamnya diterima Allah SWT.

Kematian Raja Pop, Michael Jackson itu menyusul beberapa jam selepas kematian pelakon drama bersiri Charlie’s Angel, aktres Farah Fawcett, menimbulkan situasi kelam kabut di kalangan media yang membuat laporan mengenai kedua-dua selebriti itu.

Berita-berita berkaitan isu di bawah ini:

- Michael Jackson meninggal dunia
- Michael Jackson ambil preskripsi dadah
- Bedah siasat Michael Jackson hari ini
- Rumah lama Michael Jackson jadi tumpuan peminat
- Michael Jackson menyamai Elvis Presley
- Dua kematian selebriti buat media kelam kabut
- Kehilangan Raja Pop dunia
- Jacko peluk Islam
- Kematian gempar dunia
- Mahu jadi bintang tertinggi
- Sidang akhbar terakhir
- Pemergian Jacko diratapi
- Fenomena Michael Jackson
- Berakhirnya fenomena Jacko
- Jacko berhutang atau semakin kaya
- Ujian neuropatologi cari punca kematian
- Jejaki pakar perubatan Jacko

Read On 1 comments

Followers