ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Zambry Pertahan Harussani



Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my

IPOH 27 Jun - ''Apabila mufti tegur Barisan Nasional (BN), mereka tepuk tangan tetapi apabila tegur mereka, mufti kena hentam."

Itulah reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terhadap tindakan pengikut PAS yang membidas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria gara-gara kenyataan beliau tentang kerajaan perpaduan.

Zambry berkata, Mufti Perak bukan orang politik dan beliau membuat teguran sebagai seorang ulama yang cintakan kesejahteraan.

''Sikap penyokong PAS ini tidak melambangkan mereka mewakili parti Islam kerana Islam mementingkan keadilan,'' katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pemuda PAS Perak yang melahirkan rasa kecewa mereka terhadap pandangan Harussani ekoran kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO.

Harussani sebelum ini melahirkan rasa kecewanya dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi terlalu taksub sehingga sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik masing-masing.

Mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin dan mengatakan parti itu lebih teruk daripada komunis, Zambry berkata, 'tok guru' juga manusia biasa dan tidak terlepas melakukan kesalahan.

Katanya, ini terbukti apabila Nik Aziz terpaksa membuat penjelasan bagi memperbetulkan kenyataannya dengan mendakwa ia hanya sekadar kiasan.

''Nik Aziz dianggap oleh pengikut beliau sebagai seorang yang alim dan semua orang menghormati beliau tetapi 'tok guru' juga perlu diperbetulkan.

''Tok guru pun melakukan kesilapan kerana dia cuma manusia biasa, bukannya maksum yang tidak melakukan sebarang kesalahan,'' katanya.

Pautan asal di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers