ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Salam Aspirasi Baru!


Salam aspirasi baru buat seluruh pemimpin-pemimpin negara, ahli-ahli UMNO, seluruh ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional dan pakatan pembangkang serta tidak lupa buat semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang dihormati tidak kira di mana sahaja anda berada.

Sehubungan itu sebagai ahli UMNO salah sebuah cawangan dalam Bahagian Ampang, Selangor saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi merakamkan ucapan salam perkenalan dan salam muhibbah buat semua.

Sebagai pemula bicara posting pertama saya hanya merupakan satu muqaddimah bagi memperkenalkan diri serta memaklumkan usaha mewujudkan sebuah blog peribadi untuk turut menyertai rakan-rakan blogger yang lain dalam menyusuri perkembangan semasa dan membicarakan isu-isu politik tanahair.

Mutakhir ini arena blogging bukanlah sesuatu yang baru. Ia seolah-olah menjadi satu tuntutan semasa bersesuaian dengan perkembangan zaman dan teknologi maklumat yang kian berkembang pesat di serata dunia.

Malaysia tidak terkecuali dan kita sebagai rakyat patut berbangga dengan kewujudan Cyberjaya sebagai salah sebuah bandar teknologi maklumat yang tercanggih dengan prasarananya di Asia Tenggara. Segala kemudahan pembelajaran telah disediakan oleh pihak kerajaan yang begitu prihatin terhadap rakyat.

Di sini sekaligus dapat memberi kita gambaran berfakta bahawa kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO telah berjaya membangunkan negara sejak 52 tahun Tanah Melayu yang kini Malaysia mencapai kemerdekaannya.

Ternyata di bawah teraju gabungan Perikatan dan kini Barisan Nasional ianya membuahkan hasil yang begitu cemerlang dan membanggakan kita secara amnya. Sebarang kelemahan atau kekurangan di mana-mana anggaplah ia sesuatu yang biasa kerana kita dijadikan sebagai umat manusia yang serba kekurangan dan tidak sempurna sepertimana maha pencipta.

Pembangunan pesat negara ke arah menuju Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju sepertimana yang diilhamkan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin hari semakin dirasai. Penyatuan bangsa majmuk adalah tunggak utama merealisasikan aspirasi yang dihasratkan ini.

Kesinambungannya telah diilhamkan pula oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang telah mengaspirasikan usaha pembangunan modal insan agar Malaysia bakal menduduki zaman yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di mata dunia.

Ke arah menjayakan misi ini dalam suasana kegawatan ekonomi sedunia tentulah ianya satu cabaran yang cukup hebat buat negara. Oleh itu sebagai rakyat kita dituntut agar saling bertoleransi di samping memberi sokongan penuh kepada kepimpinan yang ada sambil bermuafakat memupuk keharmonian sesama kaum.

Peralihan kuasa yang berlaku dengan lancar pada tanggal 3 April 2009 baru-baru ini adalah juga satu petanda yang cukup baik buat rakyat. Perdana Menteri Malaysia yang baru, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak secara terbuka telah menyampaikan hasratnya untuk membawa satu transformasi besar dan pembaharuan kepada parti dan kerajaan dengan agenda utama beliau yang bersemangatkan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Oleh yang demikian sebagai warga Malaysia yang cintakan kedamaian dan kemakmuran sejagat saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, marilah bersama kita memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan baru negara di bawah Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuktikan gabungan mantap ini mampu menyuntik satu aspirasi baru kepada rakyat dan negara.

Maka itu tibalah masanya untuk kita kembali menyemai benih persefahaman antara satu sama lain dengan berblog secara penuh berhemah di dalam menyuarakan luahan hati serta berkongsi segala pendapat dan pandangan di samping saling bertukar-tukar idea tanpa mengira samada kita duduk dalam satu kelompok yang sealiran ataupun kelompok yang berlainan ideologi.

Besar telapak tangan, nyiru ditadahkan sekiranya saudara dan saudari sudi berkongsi pendapat serta hujah yang bermanfaat berkaitan perkembangan isu-isu semasa demi kebaikan kita semua. Itulah harapan yang sebaik-baiknya.

Diharapkan apa jua perbincangan kita di ruangan ini dapat dilontarkan secara lebih berhemah dan bersopan santun di sudut bahasa agar ianya mampu mencerminkan ketinggian nilai budaya sebenar masyarakat majmuk di Malaysia yang tercinta ini agar dilihat amat kaya dengan budi bahasanya.

Insya'Allah saya dan rakan-rakan seangkatan akan meneruskan khidmat dan menabur bakti secara telus di peringkat akar umbi untuk memperjuangkan agenda membela nasib agama, bangsa dan negara sekaligus menolak dakwaan-dakwaan tidak berasas yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum oleh mana-mana kelompok yang tidak bertanggungjawab.

Secara peribadinya saya akan turut menggembeling usaha dan tenaga menganjurkan aktiviti dan program kemasyarakatan bersama UMNO Bahagian dan Pemuda Bahagian sehinggalah ke peringkat negeri Selangor dan kebangsaan dari semasa ke semasa sebagai satu usaha murni membawa Aspirasi Baru kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam usaha mengembalikan semula sokongan rakyat.

Modul dan perancangan rapi telah pun dikenalpasti untuk diketengahkan. Saya amat pasti dengan berkat sokongan serta kerjasama antara akar umbi dengan pucuk pimpinan tertinggi parti Aspirasi Baru ini akan mampu mencapai kejayaan dan menepati objektif yang disasarkan. Bersatulah kita bergabung tenaga menterjemahkan usaha murni ini menjadi realiti demi kebaikan semua pihak khususnya kepada golongan muda-mudi.

Insya'Allah semoga usaha murni ini mendapat keizinanNya jua. Salam perjuangan.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

6 comments:

Terima kasih. Salam Perjuangan. Salam Transformasi


Sama-sama dan juga terima kasih kerana sudi menjadi pengikut terawal blog Aspirasi Baru. Syabas...


Salam Bro Otai...
Tq sudi singgah...


Tahniah atas kewujudan blog ini...salam perjuangan...sudilah kiranya kita bersahabat dan bertukar2 fikiran didalam perjuangan yg memerlukan komitmen yg tinggi ini...insyaAllah...


Terima kasih saudara Duke...
Insya'Allah kita bersahabat demi sebuah perjuangan yang menuntut komitmen bersama dalam suasana permuafakatan sebenar.


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers