ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

LPKP, JPJ dan PDRM Perlu Lebih Tegas Pantau Kenderaan Awam



KUALA LUMPUR - 15 Julai '09: Jam 1:30 tengahari semalam, sebuah bas RapidKL yang membawa 28 penumpang dari Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di susur keluar Jalan Pantai Baru dekat Lebuhraya Persekutuan menyebabkan enam penumpang cedera parah.

Dua penumpang lelaki dan empat penumpang wanita cedera parah, manakala 22 penumpang yang lain bersama pemandu bas tersebut mengalami kecederaan ringan. Semua mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk diberikan rawatan kecemasan.

Walaupun dilaporkan bas berkenaan hilang kawalan selepas sebuah kereta tiba-tiba memotong ke kiri laluannya sehingga menyebabkan bas itu melanggar pembahagi jalan sebelum terjunam ke laluan motosikal pada ketinggian lima meter tetapi saya percaya ianya berpunca daripada sikap cuai pemandu bas awam itu.

Saya sendiri pernah menaiki kenderaan awam di bandaraya Kuala Lumpur termasuklah bas RapidKL. Kebanyakan pemandu bas kenderaan awam lebih mementingkan diri mereka sendiri daripada memikirkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Ini sering saya perhatikan dengan sikap pemandu kenderaan awam.

Kemalangan membabitkan kenderaan awam dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini khususnya bagi perjalanan jarak jauh seperti bas-bas ekspres dan bas-bas persiaran.

Meskipun kemalangan yang membabitkan kenderaan awam dalam bandar agak kurang tetapi kecuaian seperti ini boleh mengancam nyawa penumpang-penumpang yang sering menggunakan perkhidmatan kenderaan awam.

Selain RapidKL, syarikat bas SJ dan Metro adalah di antara kenderaan awam di Lembah Kelang yang menggunapakai khidmat pemandu yang sangat biadab dan kurang ajar.

Menurut pengakuan beberapa pegawai polis IPD Ampang Jaya, walaupun mereka sering mengeluarkan surat saman kepada para pemandu syarikat bas berkenaan tetapi seolah-olah tiada apa-apa kesan yang ditakuti oleh mereka. Kesalahan jalanraya saban hari tetap dilakukan oleh pemandu-pemandu bas berkenaan tanpa rasa insaf.

Memandangkan kesedaran sivik tidak ada di kalangan pemandu bas awam, saya mengesyorkan pihak berkuasa seperti LPKP, JPJ dan PDRM agar mempertingkatkan operasi dari semasa ke semasa bagi menangkap pemandu-pemandu bas awam yang memandu dalam keadaan yang membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Jika saman sudah tidak diendahkan lagi, tindakan lebih tegas seperti tangkapan untuk dakwaan dan juga menggantungkan lesen memandu serta lesen PSV mereka perlu dilaksanakan supaya dapat memberi kesedaran kepada rakan-rakan pemandu bas awam yang lain.

Selain daripada itu, syarikat bas berkenaan juga wajar diambil tindakan undang-undang yang lebih tegas. Ini sebagai satu pengajaran kepada syarikat bas awam agar lebih berhati-hati dan lebih teliti di dalam mengambil para pemandu untuk syarikat mereka.

Statistik PDRM dan JPJ telah membuktikan, banyak kemalangan maut yang berlaku dan membabitkan kenderaan awam adalah dipandu oleh pemandu yang mempunyai banyak rekod saman dan kesalahan lalulintas tetapi masih bebas diberi peluang bekerja oleh syarikat-syarikat bas awam. Ada sesetengahnya di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Pihak berkuasa terbabit seperti Kementerian Pengangkutan dan semua agensi-agensi di bawahnya termasuklah polis trafik dan unit trafik PBT haruslah menggembleng tenaga membuat pemantauan bersepadu di dalam menangani kecuaian-kecuaian pemandu kenderaan awam.

Cegahlah sebelum terlambat, sebelum lebih ramai orang awam menjadi mangsa kemalangan jalanraya akibat kecuaian pemandu kenderaan awam. Kesedaran wajib diutamakan!

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers