ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

CTOS Pengkhianat Malah Membantutkan Ekonomi Negara



AMPANG - Rabu, 1 Julai '09: Isu mengenai CTOS bukanlah satu isu baru kepada rakyat Malaysia malah boleh dikatakan majoriti rakyat sudah bosan serta amat jelak. Fungsinya yang sebenar sudah melencong dan tersasar. Ketelusan pelaksanaannya sudah tidak relevan malah sering dipertikaikan.

Sungguhpun ia membantu pihak bank tetapi dalam masa yang sama ia mengkhianati rakyat secara terang-terangan malangnya tiada apa-apa tindakan susulan oleh pihak Bank Negara dan kerajaan Malaysia ke arah mengatasi atau membaikpulih sistem berkenaan meskipun telah banyak aduan disuarakan oleh rakyat.

Hari ini ia menarik perhatian wakil-wakil rakyat dan menjadi isu hangat yang dibincangkan di Dewan Rakyat. Isu ini telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ledang, YB Tuan Ir. Haji Hamim Samuri. Kata YB Ledang itu, CTOS telah banyak menyusahkan rakyat negara ini di samping melembapkan perkembangan ekonomi negara tanpa kita sedari.

Sebagai contohnya, urusan perbankan kini menjadi terbatas dan urusan menjual-beli hartanah pula begitu terhad apabila peminjam sering dikaitkan dengan CTOS. Beliau juga menggesa agar pihak bank di negara ini tidak terlalu taksub dengan CTOS secara melampau.

Isu ini disambut baik oleh Ahli Parlimen Maran, YB Datuk Haji Ismail Haji Abd Muttalib yang menyuarakan rasa setujunya dengan apa yang dibangkitkan oleh YB Ledang itu di samping turut membuat sedikit ulasan mengenainya. Kesimpulan beliau, CTOS benar-benar menyusahkan orang ramai.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, YB Datuk Bung Moktar Radin juga mencelah mengenai isu CTOS yang juga dianggap sebagai mengkhianati rakyat berdasarkan contoh seorang peminjam yang teraniaya apabila namanya masih tersenarai sedangkan segala hutang-hutangnya telah lama dilunaskan.

Rumusannya, ketiga-tiga Ahli Parlimen berkenaan menggesa pihak Bank Negara dan kerajaan agar fungsi CTOS dibuat kajian semula demi tidak membebankan rakyat.

Sebagai bersetuju dengan kenyataan YB Datuk Bung Moktar Radin, saya ingin menambah satu contoh terkini yang mana ianya satu kebenaran yang mengenai batang hidung anak lelaki saya sendiri baru-baru ini ketika beliau memohon pinjaman sewa-beli kenderaan dengan beberapa pihak bank komersil.

Lebih kurang dua tahun yang lalu anak saya membuat pinjaman sejumlah RM9,000 sahaja. Setahun yang lalu anak saya hanya terlewat melunaskan ansuran bulanan sebanyak RM150 sebulan bagi tempoh tiga empat bulan sahaja. Jumlah terkumpul yang gagal dilunaskan hanyalah RM450 sahaja tetapi namanya terus tersenarai dalam CTOS.

Apabila ansurannya sudah dikemaskini dan tiada lagi apa-apa bayaran tertunggak sejak hampir setahun sehingga kini, namanya masih tetap tersenarai tanpa dihapuskan oleh pihak CTOS. Ini merupakan satu kes penganiayaan oleh pihak CTOS yang amat tidak bertanggungjawab.

Bila hendak menyenaraihitamkan nama orang, mereka begitu cepat sekali bertindak pantang menerima laporan daripada pihak bank tetapi bila hendak menghapuskan nama orang yang sudah bersih daripada hutang, mereka buat-buat lupa.

Pihak Bank Negara dan kerajaan wajib mengambil perhatian serius mengenai isu ini dan menyelesaikan kes-kes penganiayaan sedemikian. Jika dibiarkan tanpa diatasi, isu seperti ini akan menular menjadi "kudis buta" di mana pembangkang juga yang bakal menangguk di air keruh dengan mengatakan kerajaan tidak bertanggungjawab menangani isu-isu rakyat.

Pemimpin-pemimpin yang berada di dalam kabinet khususnya yang berkenaan dengan isu yang dibangkitkan (Kementerian Kewangan), lebihkanlah bekerja daripada banyak bercakap. Setidak-tidaknya jadikanlah ianya seimbang sepanjang masa. Jangan banyak bercakap tetapi isinya tiada. Bila dilabelkan sebagai "tong kosong" kita mungkin melenting. Fikir-fikirkanlah!

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers