ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Misteri Kematian Menggemparkan Mendiang Teoh Beng Hock Wajar Diselesaikan Segera



AMPANG - Selasa, 21 Julai '09: Misteri kematian menggemparkan mendiang Teoh Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian amat wajar diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan insiden berkenaan terus dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat.

Saya turut merasa kesal dan sedih dengan tragedi yang telah menimpa mendiang. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan bakal isteri mendiang.

Mendiang ditemui mati di koridor luar tingkat 5 bangunan Plaza Masalam, Shah Alam setelah dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di bangunan yang sama.

Insiden itu yang berlaku selepas Teoh Beng Hock disoal siasat oleh pegawai SPRM menimbulkan tanda tanya orang ramai samada beliau membunuh diri dengan bertindak terjun, terjatuh atau menjadi mangsa sebarang salah laku.

Sehingga lewat petang semalam, PDRM melaporkan hasil siasatan baru selesai 60% dan tinggal lagi 40% untuk disiapkan. Begitulah mengikut apa yang diulas oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Pihaknya yakin kes tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini ekoran perkembangan itu dan pihak polis akan membuat pengumumannya nanti.

Insiden kematian mendiang Beng Hock dianggap ramai sebagai kejadian tragis yang telah menggemparkan seluruh negara kerana ianya terjadi ketika dalam soal siasat isu rasuah di pejabat SPRM. Kejadian ini juga telah menimbulkan banyak andaian-andaian negatif terhadap integriti badan berkenaan.

Kes ini perlu diselesaikan dengan segera secara telus oleh pihak PDRM bagi mengelakkan segala tohmahan liar daripada pihak pembangkang yang gemar mempolitikkan apa sahaja isu-isu semasa meski pun para pemimpin negara dan pihak berkuasa sudah memperingatkan pihak-pihak tertentu agar tidak membuat tuduhan melulu selagi belum memperolehi hasil siasatan yang lengkap.

Kita berharap semoga insiden-insiden seumpamanya tidak akan berulang lagi pada masa-masa akan datang kerana hal-hal sedemikian hanya mencalar imej badan berkenaan yang sepatutnya bertindak dengan lebih profesional di dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers