ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Krisis Perak - Pandangan Berbeza Dari Pemimpin


Pemimpin Beri Reaksi Berbeza


Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR - syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Mei - Beberapa pemimpin UMNO dan pembangkang memberi reaksi berbeza terhadap cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bersidang bagi menyelesaikan krisis pemerintahan di negeri itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, cadangan bekas Perdana Menteri itu amat bernas kerana proses pilihan raya bukan sahaja membazir, tetapi ia juga mengambil masa yang lama.

"Selain itu, demokrasi bukan sahaja ditentukan melalui pilihan raya tetapi ia juga dicapai melalui sidang DUN di Perak.

"Tetapi saya faham, pembangkang tidak akan bersetuju dengan sidang DUN kerana mereka mempunyai jumlah kerusi yang sama dengan Barisan Nasional (BN) dan mereka takut kalah kerana tiga ADUN Bebas telah menyatakan sokongan kepada BN," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas saranan Dr. Mahathir semalam agar kemelut politik di Perak diselesaikan melalui usul undi tidak percaya pada sidang DUN.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merayu pemimpin pakatan pembangkang agar bersetuju menyertai sidang DUN Perak kerana ia merupakan cara terbaik demi kepentingan rakyat negeri tersebut.

''Bukankah DUN ada, buat apa perlu pilihan raya?"

''Kita juga perlu melakukan usaha ini (sidang DUN), di samping meneruskan proses perundangan dan kehakiman di mahkamah," jelasnya.

Dalam hal sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar menegaskan, kenyataan Dr. Mahathir mencerminkan bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai pendirian tetap terhadap isu di Perak.

''Kenyataannya melambangkan beliau risau BN kalah jika terpaksa menghadapi pilihan raya," ujarnya.

-- Utusan Online - Pautan asal di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers