ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Najib Umum 3 Muka Baru UMNO Selangor



SHAH ALAM 16 Mei
- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tiga muka baru bagi menggantikan beberapa jawatan penting dalam Badan Perhubungan UMNO Selangor.


Mereka ialah Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Mohd. Satim Diman sebagai Setiausaha Perhubungan negeri menggantikan Datuk Raja Ideris Raja Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukur Idrus dilantik Ketua Penerangan baru dari penyandangnya ADUN Sementa, Datuk Abd. Rahman Palil.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor turut mengumumkan Datuk FD Iskandar sebagai Bendahari bagi menggantikan Datuk Adnan Buyong dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo mengetuai pasukan pemikir peringkat UMNO negeri.

Najib berkata, mesyuarat pertama itu telah membincangkan betapa pentingnya UMNO Selangor bekerja sebagai satu pasukan yang padu serta sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Katanya, pendekatan yang akan diambil ialah memperbanyakkan lagi program bersifat mesra rakyat dalam sebarang tindakan dilakukan sama ada atas nama wakil rakyat, ketua bahagian atau pemimpin UMNO.

"Kita juga turut mengambil langkah-langkah tertentu untuk tingkatkan keberkesanan khidmat UMNO kepada rakyat terutama sekali masyarakat di Selangor.

"Ini termasuk mengkaji semula peranan yang dimainkan oleh pemimpin UMNO dan kaedah yang diguna pakai.

"Saya percaya dengan semangat yang ditunjukkan hari ini dan pendekatan baru yang akan diamalkan kita mampu meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor di sini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.

Najib menegaskan, dengan pendekatan mesra dan mengutamakan rakyat beliau telah menggariskan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh perhubungan UMNO Selangor.

Beliau berkata, UMNO akan bertindak menyediakan hujah untuk menerangkan fakta yang betul bagi berhadapan dengan perkara yang dilemparkan oleh pihak tertentu sama ada ia berbentuk fitnah atau diputarbelitkan.

"Tindakan mereka seolah-olah kita tidak betul atau kita diletakkan dalam keadaan terlalu defensif berhubung apa yang dilemparkan kepada UMNO, jadi dengan langkah-langkah kita ambil, UMNO lebih bersedia untuk menghadapi serangan daripada pembangkang," jelasnya.

Sementara itu Najib sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa beliau hanya bersedia untuk berunding dengan pakatan pembangkang bagi membincangkan kemelut politik Perak jika tidak diletakkan sebarang syarat.

"Ini kerana pembubaran (Dewan Undangan Negeri) bukan kuasa kita, ia adalah kuasa Sultan Perak," ujarnya.

Beliau menjelaskan demikian sebagai mengulas syarat yang ditetapkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa perundingan dilakukan setelah DUN Perak dibubarkan.

-- Utusan Online - Pautan asal di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers