ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Mahkamah Batal Penggantungan Dr Zamry dan Exconya



Apr 16, 09 12:15pm - Malaysiakini

Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar BN Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN.

Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.

Mahkamah memutuskan hari ini bahawa tindakan Speaker itu adalah terbatal dan tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Oleh itu, katanya, Zambry dan enam exco terbabit boleh menghadiri sidang DUN yang akan datang.

Oleh itu, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sherif yang mengetuai panel lima hakim itu berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara.

Manakala, Zambry berkata, notis untuk mengadakan sidang DUN akan dikeluarkan Jumaat ini atau minggu depan.

Pautan asal di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers