ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Mohammad Fairus Letak Jawatan Sebagai ADUN Penanti



KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini.

ADUN Parti Keadilan Rakyat itu (PKR) itu, dalam kenyataan empat perenggan yang di hantar melalui e-mel kepada Bernama berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," kata Mohammad Fairus, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Mohammad Fairus, 32, yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuatkuasa 8 April lepas, berkata tindakannya itu dibuat setelah mengambil kira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang beliau wakili serta demi memelihara kepentingan PKR.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya melantik TKM I Pulau Pinang yang baru minggu lepas tetapi beliau memberi masa seminggu kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuat keputusan tentang calon yang akan menggantikan Mohammad Fairus.

Beliau melanjutkan tempoh itu semalam apabila penasihat PKR itu tidak memberi sebarang nama.

Di PULAU PINANG, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau dimaklumkan bahawa Mohammad Fairus telah menghantar surat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain hari ini.

Ketika dihubungi Bernama beliau berkata perbincangan untuk meletak jawatan dibuat antara Anwar dan Mohammad Fairus.

"Urusan itu antara mereka berdua dan saya hanya dimaklumkan sahaja. Perkembangan lanjut, tolong dapatkan dari Speaker," katanya.

-- BERNAMA - Pautan asal di sini.

Malaysiakini turut melaporkan di sini. Kenyataan penuh Fairus di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers