ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Satu Pembaharuan Yang Sangat Positif Oleh PM



BUKIT SUBANG - Rabu, 6 Mei '09: Langkah pembaharuan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, yang mengajak pemimpin Barisan Nasional (BN) mengubah sikap adalah langkah yang sangat positif dan diharapkan ia menjadi realiti kerana selama ini pemimpin BN dikenali dengan sikap berlagak, sombong dan angkuh. Ini satu kenyataan.

Tanggapan buruk rakyat itu harus dihapuskan segera untuk mengembalikan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan Barisan Nasional. Sepatutnya pemimpin BN sudah lama berubah sikap dengan mengamalkan kepimpinan mesra rakyat supaya sentiasa dekat di hati rakyat.

Rasa tanggungjawab sebegini bukan perlu diajar atau sehingga pucuk pimpinan bersuara malah wajar datang daripada keikhlasan diri sendiri. Jangan sampai dianggap umpama "tukul dan pahat" apabila diketuk baru pemimpin di bawah mahu berubah atau melaksanakan amanah dengan pendekatan mesra rakyat.

Dalam lawatan rasmi dua hari ke Kota Kinabalu, Sabah, Datuk Seri Najib menggariskan beberapa pendekatan yang perlu diambil tindakan segera oleh semua pemimpin Barisan Nasional, di antaranya:

  • Perlu bersikap mesra rakyat
  • Mengurangkan protokol ketika berurusan dengan rakyat
  • Lebih komited menyelesaikan masalah rakyat
  • Segera turun padang selami keluh kesah rakyat
  • Tak perlu menunggu jemputan sebagai wakil rakyat
  • Tak perlu sambutan bunga manggar atau hamparan merah
  • Tak perlu menunggu adanya liputan televisyen
  • Turun padang bila-bila masa supaya dekat di hati rakyat

Bertepatan dengan usaha transformasi "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" seluruh pemimpin BN digesa menyahut seruan Perdana Menteri demi kebaikan kepada parti, kerajaan dan rakyat kerana dengan mensejahterakan rakyat maka kukuhlah parti dan kerajaan Barisan Nasional.

Mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan BN adalah tanggungjawab bersama di semua peringkat khususnya bermula di pihak kepimpinan dan disokong oleh akar umbi. Sekiranya akar umbi diabaikan saya tak nampak kejayaan ini akan mampu dicapai.

Keadaan dahulu amat berbeza dengan keadaan sekarang kerana hari ini rakyat lebih cerdik membuat penilaian. Ahli-ahli "Yang Berhormat" wajib menukar sikap menjadi "Yang Berkhidmat" kepada rakyat barulah rakyat menyokong dan menyukai kita.

Sikap dan perilaku pemimpin sebenarnya mendorong cerminan negatif atau positif terhadap parti. Berwaspadalah dalam menuturkata dan melaksanakan tindakan-tindakan. Rakyat sentiasa menjadi pemerhati terbaik. Kehilangan sokongan rakyat bermakna kehancuran buat parti.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Berita berkaitan isu di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers