SHAH ALAM - Rabu, 6 Mei '09: Lewat malam tadi pada jam 11:42 malam (5 Mei '09) saya menerima satu SMS panjang daripada seorang ahli Pemuda UMNO (sahabat lama) dari utara Semenanjung. Beliau meminta amanat perjuangan ini dapat dipanjangkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Atas dasar silaturrahim yang sudah lama terjalin di antara kami berserta tanggungjawab ke atas sebuah perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara maka saya ingin memanjangkan amanat beliau yang berasal dari Permatang Pauh. Di bawah ini adalah kenyataan beliau melalui SMS kepada saya.
Salam Ukhuwah.
Dengan rasa penuh insaf, saya mengajak umat Islam seluruh Malaysia mendoakan agar sidang Dewan Undangan Negeri Perak berjalan dalam keadaan tenang dan beroleh kejayaan pada Khamis, 7 Mei 2009 ini.
Kita berdoa kehadhrat Allah SWT kejayaan atas kerajaan Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Bukan kerana beliau mewakili UMNO dan BN tetapi kerana inilah kerajaan umat Islam yang sebenarnya.
Datuk Seri Dr Zambry mewakili suara 29 ADUN yang beragama Islam, hanya dua sahaja yang bukan Islam berbanding pihak Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin (PAS) yang mewakili cuma 7 ADUN beragama Islam dan 21 lagi ADUN bukan Islam.
Datuk Seri Ir. Nizar sanggup menjual maruah, akidah dan agamanya sendiri demi mengejar kuasa yang langsung tidak berlandaskan seruan Allah SWT dan Rasulullah SAW kerana berkiblatkan DAP kafir harbi.
Marilah kita melakukan Solat Hajat berdoa kepada Allah SWT kerana ini adalah tugas kita bersama. Jika runtuh kerajaan Perak ini maka runtuhlah sebuah kerajaan Islam di Perak.
-- Daripada: Man, Permatang Pauh.
Semoga apa yang telah disampaikan oleh beliau itu dapat sama-sama kita fikirkan secara bijaksana dan dengan penuh teliti. Utamakan agama, bangsa dan negara dalam membuat penilaian.
Jangan kita berfikir berdasarkan emosi atau demi kepentingan individu tertentu malah berfikirlah untuk kesejahteraan buat semua umat Islam dan bangsa Melayu demi Malaysia yang pada asal-usulnya adalah Tanah Melayu.
Tolak ansur kita ada had dan ada batasnya. Jangan biarkan lama kelamaan kita terus ditolak beransur-ansur di bumi dan tanah air sendiri tanpa disedari. Panjang-panjangkanlah amanat perjuangan ini kepada semua Melayu yang beragama Islam, yang benar-benar cintakan agama, bangsa dan negara.
ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"
May 6, 2009 at 3:15 PM
setuju dgn saranan yg patut menjadi keutamaan kpd semua umat Islam utk memikirkan kebaikannya. nizar bkn sekadar toyol suruhan ngeh dan nga tp hantu raya belaan anwar yg dikatakan kumpulan erdogan dlm pas. rakyat perak kena bijak gunakan akal utk menilainya.
Post a Comment
MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!
Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.
Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.
"BAHASA JIWA BANGSA"
Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.