ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

DUN Perak Berlangsung Dalam Keadaan Kecoh


Pembangkang "serang" kami - Zambry


IPOH 7 Mei - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kesal terhadap tindakan pembangkang yang bertindak biadab dan kurang ajar sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Sambil menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bertindak menggunakan undang-undang rimba, beliau juga membidas sikap mereka yang tidak menghormati institusi raja.

Katanya, tindakan melampau dan ganas itu telah menyebabkan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim terpaksa menunggu sehingga kira-kira lima jam untuk merasmikan sidang berkenaan.

''Mereka (ADUN pembangkang) sanggup melakukan apa saja untuk menghalang Speaker, Datuk R. Ganesan menjalankan tugas dan menjemput baginda merasmikan Dewan. Mereka gagal meletakkan Dewan sebagai institusi mulia dengan menjerit dan mengherdik orang lain".

''Bagaimanapun saya bersyukur akhirnya Speaker dapat menjemput Raja Muda dan baginda memberikan titah ucapan. Selepas itu, keadaan menjadi terkawal dan aman. Saya menjunjung kasih Tuanku dan juga berterima kasih atas sokongan padu seluruh rakyat Perak," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas berakhirnya mesyuarat pertama, penggal kedua DUN Perak Ke-12 di sini hari ini.

Zambry menjelaskan, sidang DUN yang bermula pukul 10.15 pagi itu tidak dapat berjalan lancar setelah wakil rakyat pembangkang membuat gangguan malah menyerbu di mana saja Ganesan duduk untuk menjalankan tugas.

Katanya, keganasan itu menyebabkan pelbagai kemudahan Dewan rosak malah banyak mikrofon tertanggal bagi menghalang Ganesan daripada bercakap.

Pada masa sama, katanya, ADUN pembangkang meninggalkan tempat duduk masing-masing dan menyeberang ke kawasan Barisan Nasional (BN) serta Bebas untuk mewujudkan suasana haru-biru dan tidak terkawal.

''Bekas Speaker, V. Sivakumar juga mengarahkan saya, enam Exco dan tiga ADUN Bebas keluar Dewan dan beliau tidak mengiktiraf perintah-perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan.

''Mereka turut menghalang semua ADUN BN menjalankan tugas hingga menyebabkan sidang Dewan terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali bagi mengawal keadaan," katanya.

Menurut Zambry, sebaik saja sidang Dewan bersambung pada pukul 2 petang, Ganesan telah mengarahkan Sivakumar supaya mengosongkan tempat duduk Speaker dan kembali ke tempat duduk ADUN biasa.

Kata beliau, memandangkan Sivakumar tidak mengendahkan arahan tersebut malah "tidak berani mengangkat punggung dari kerusi", Ganesan telah mengarahkan Bentara, Ahmad Saufi Abd. Hamid mengiringi Sivakumar ke tempat duduk ADUN biasa.

Katanya, ekoran itu, Bentara telah dikasari oleh beberapa ADUN pembangkang dan berlaku pergelutan hingga menyebabkan kakinya cedera dan terseliuh di bahagian tangan.

Apa yang lebih mengecewakan, pasu bunga hiasan berhampiran dengan tempat duduk Raja Nazrin telah pecah hingga menjadikan kawasan itu bersepah.

Jelas beliau, Ganesan yang tidak ada pilihan lain untuk mengawal keamanan telah mengarahkan polis membantu Bentara mengikut Perkara 90 Perintah-Perintah Tetap yang akhirnya menyaksikan Sivakumar "diangkat" keluar dari Dewan.

''Speaker telah bersabar sejak 10.30 pagi, jadi beliau terpaksa mententeramkan keadaan dengan meminta bantuan dan sokongan polis".

''Saudara saudari lihat sendiri bagaimana mereka menyerang ke kawasan kita. Kita cuba sedaya upaya untuk tidak melawan dan rakyat di luar pastinya terkejut dengan perangai mereka," katanya.

-- Utusan Online - Pautan asal di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers