ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Najib Sahkan BN Tidak Bertanding Pilihan Raya Kecil DUN Penanti



KUALA LUMPUR - Isnin, 18 Mei '09: Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi BN mengesahkan hari ini bahawa tiada calon BN diletakkan untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti 31 Mei ini.

Dalam kenyataannya di mesyuarat Majlis Tertinggi BN jam 4:30 petang tadi (18 Mei) beliau menggariskan tiga sebab utama kenapa beliau membuat keputusan tidak mahu BN mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil itu.

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihan raya kecil itu satu helah dan permainan politik kotor oleh pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan mahu memfokuskan kepada langkah memulihkan ekonomi negara.

Saya menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan bertepatan dengan jangkaan awal saya sebelum ini bahawa tidak perlu melayani permainan politik kotor pembangkang yang sengaja dicetuskan.

Peletakan jawatan oleh penyandangnya dari PKR, Mohammad Fairus Khairuddin adalah juga mengkhianati mandat rakyat di DUN Penanti yang telah memilih beliau pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Kepada sesetengah pihak khususnya orang-orang UMNO dan BN yang mengharapkan supaya BN menyahut cabaran bertanding di Penanti, dinasihatkan agar menghormati dan menerima ketetapan keputusan yang dibuat oleh Pengerusi BN dengan hati yang terbuka.

Mengulas keputusan ini saya tidak menganggap Datuk Seri Najib hilang kepercayaan terhadap calon yang dikemukakan oleh BN Permatang Pauh yang menamakan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abd Jalil Majid sebagai persediaan jika BN mungkin bertanding.

Ketiga-tiga alasan yang diberikan itu adalah sebab-sebab utama yang harus kita terima tanpa membuat apa-apa andaian lain. Jika kita menimbulkan bermacam-macam tanggapan lain ia hanya akan mengeruhkan keadaan dan seolah-olah mengizinkan pembangkang menjaja cerita dongeng merata-rata dalam kempennya nanti.

Maka berakhirlah teka-teki samada BN bertanding ataupun tidak. Keputusan muktamad sudah diputuskan hari ini oleh Presiden UMNO selaku Pengerusi Barisan Nasional.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Berita berkaitan isu di sini.


0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers