ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

PAS Lakukan Transformasi - Amalkan Politik Wang



AMPANG - Isnin, 18 Mei '09:
Semalam (17 Mei) Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan mengakui bahawa beliau tidak menolak kemungkinan ada berlakunya politik wang di dalam proses pemilihan (lobi melobi) parti itu menjelang Muktamar Agung PAS Jun ini.


Hari ini pula Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Jawatankuasa Harian PAS Pusat menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan parti itu dengan amalan rasuah dan politik wang.

Isu ini dibangkitkan minggu lalu dengan pendedahan awal dibuat oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi. Beliau menyatakan perebutan kuasa dalam PAS semakin ketara sehingga ada individu sanggup memberikan 'hadiah' kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan pada pemilihan parti itu Jun depan.

Ahli Majlis Syura PAS, Ahmad Awang memandang pendedahan ini amat serius jika benar rasuah memang berleluasa di dalam parti itu dan ianya kena dibuktikan kalau memang wujud. Jika tidak ia akan menjadi fitnah kepada parti. Bagaimanapun Ahmad Awang masih menafikannya.

Sementara itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau yakin rasuah turut berlaku di dalam PAS memandangkan 'trend' amalan itu semakin berleluasa di negara ini. Kata beliau, parti PAS sama seperti parti-parti lain yang mana rasuah sering berlaku. Tambahnya, beliau tidak hairan anggota parti itu buat benda yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Akhir-akhir ini kita sering melihat pertentangan pendapat di antara Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS serta beberapa pemimpin lainnya di dalam PAS. Apabila seorang daripadanya akur dengan apa yang berlaku, seorang lagi akan cuba menafikannya untuk menutup kelemahan parti. Hakikat PAS sudah terbahagi kepada dua kumpulan utama adalah satu kebenaran.

Ia mencerminkan PAS sudah tidak lagi sebersih di zaman awal penubuhannya. Ketamakan kuasa mengejar kedudukan jawatan di kalangan pemimpin PAS sudah terbongkar dengan sendirinya. Kewujudan kumpulan pro Anwar (erdogan) di dalam kelompok pemimpin PAS telah diketahui umum dan ekoran itulah perubahan yang ketara ini terjadi kepada PAS.

Persoalan selalu ditanya oleh ramai orang, apa bezanya di antara memberi hadiah, memberi jamuan makan dengan menghulurkan wang? Tidakkah ia berunsurkan rasuah dengan tujuan dan maksud yang sama bagi mendapatkan sokongan untuk memperolehi jawatan?

Jika pun mahu membezakannya, kita perlu melihat sumber kewangan itu dan keikhlasan sumbangan untuk tujuan tertentu. Sekiranya untuk tujuan membantu rakyat miskin dan orang kurang upaya atau sebagainya maka ianya tidak dianggap rasuah.

Ada berpandangan upah, gaji atau elaun bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh jentera kempen mungkin tidak boleh dianggap rasuah kerana ia menanggung kos perbelanjaan dan masa jentera berkenaan. Ini kerana tidak akan ada orang hendak melakukan kerja secara percuma.

Zaman sekarang semuanya melibatkan wang. Mungkin ada benarnya tetapi kalau apa yang diertikan sebagai upah, gaji atau elaun itu terlalu besar nilainya pastilah ia dianggap sogokan yang diistilahkan sebagai rasuah.

Seandainya langsung tidak berlaku di dalam PAS, jelaslah pemimpin-pemimpin PAS yang cuba menolak dakwaan ini adalah golongan pemimpin Islam yang munafik. Sedikit atau banyak ianya tetap berlaku.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Lagi berita berkaitan isu di sini.


0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers