ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Musibah Babi, Dunia Kelam Kabut, Ekonomi Terjejas



AMPANG - Sabtu, 2 Mei '09: Dunia dikejutkan dengan serangan sejenis wabak penyakit berjangkit bawaan babi yang sangat merbahaya kepada manusia. Mungkinkah ini amaran awal daripada Maha Pencipta atau amaran terakhir yang tidak akan ada lagi peringatan selepas ini?

Banyak-banyak agama di dunia hanya Islam sahaja yang melarang umatnya memakan babi kerana segalanya telah jelas dan nyata disebutkan dalam Al-Qur'an serta banyak Hadis dan kitab-kitab yang boleh dirujuk. Haiwan ini mengandungi sejenis bakteria merbahaya yang boleh mendatangkan musibah penyakit dan memudaratkan kehidupan manusia.

Padah dan bahana penyakit selsema babi yang berpunca di Mexico telah menggemparkan satu dunia. Semua negara-negara dunia masing-masing berada dalam keadaan berjaga-jaga. Kawalan ketat di pintu masuk semua negara dikuatkuasakan.

Sedang dunia menghadapi kegawatan ekonomi ditimpa pula musibah penyakit bawaan babi sehingga membimbangkan masyarakat dunia. Keadaan ini secara langsung telah memburukkan lagi keadaan. Natijah daripadanya telah menjejaskan ekonomi sedunia. Jika gagal dikawal ia akan melumpuhkan ekonomi sesebuah negara dengan lebih teruk lagi.

Banyak negara-negara dunia mengalami kesan buruk yang ketara ke atas kesihatan rakyat dan kedudukan ekonomi akibat serangan penyakit berjangkit ini yang digelar wabak Swine Influenza dan dilabel sebagai A/H1N1. Malaysia tidak terkecuali mendapat efeknya apabila berlaku kejatuhan indeks dan pasaran saham yang ditutup rendah ekoran kebimbangan pelabur.

Menurut laporan Bernama, dagangan Forex pada Isnin, 27 April ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), yang dianggap lebih selamat, susulan kebimbangan mengenai selesema babi di Mexico dan AS, selain pemintaan komersil yang kukuh untuk dolar, kata para peniaga.

Pada jam 5 petang hari tersebut, unit tempatan susut berbanding dollar AS pada 3.6000/6050 berbanding 3.5800/5850 Jumaat sebelumnya (24 April). Carta teknikal ini menunjukkan unit tempatan dalam aliran meningkat sehingga berita mengenai penyakit itu disiarkan pada hujung minggu tersebut.

Jika tidak, ringgit dijangka mampu menguji paras dollar AS 3.57 atau menurun sehingga 3.54 pada minggu berkenaan megikut apa yang dilaporkan oleh peniaga sepertimana dimaklumkan kepada media.

Ia menunjukkan tahap yang rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.4092/4146 daripada 2.4004/4060 pada Jumaat minggu lepas dan berbanding yen Jepun yang mencatatkan pada 3.7286/7354 berbanding 3.6900/6963 sebelumnya.

Berbanding euro, ringgit mengukuh pada 4.7383/7456 berbanding 4.7424/7505 Jumaat minggu lepas dan lebih rendah berbanding pound sterling pada 5.2398/2482 berbanding 5.2365/2449 sebelumnya.

Kemudian disusuli pada hari berikutnya yang terus mencatatkan penurunan. Pada Selasa, 28 April, ringgit meneruskan trend menurun, ditutup lebih rendah berbanding dolar AS kerana kebimbangan pelabur terhadap selesema babi berikutan peningkatan amaran oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia terhadap penularan wabak penyakit itu.

Sehingga jam 5.00 petangnya, ringgit merosot berbanding dolar AS pada paras 3.6270/6320 daripada 3.6000/6050 pada 27 April.

Para peniaga dilaporkan berkata ringgit yang turun sejajar dengan mata wang serantau yang lain, turut menerima kesan oleh sebuah laporan yang menyatakan Citigroup dan Bank of America telah diberitahu oleh pengawal atur untuk meningkatkan tahap modal masing-masing.

Mereka juga menjangka bank pusat itu untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas lagi untuk merangsang pertumbuhan negara ini pada mesyuarat dasar monetari.

Ringgit turun berbanding dengan dolar di paras 2.4143/4208 daripada 2.4092/4146 yang dicatatkan semasa penutup semalam dan berbanding yen Jepun di paras 3.7789/7857 daripada 3.7286/7354 sebelum ini.

Berbanding dengan euro, ringgit dicatatkan lebih kukuh pada paras 4.7187/7263 daripada 4.7383/7456 yang dicatatkan pada 27 April tetapi ia rendah berbanding dengan pound sterling pada paras 5.2809/2900 daripada 5.2398/2482 sebelumnya.

Virus Swine Influenza bawaan babi menjuruskan kesan yang amat buruk terhadap kesihatan dan juga membawa maut. Di Mexico sahaja virus merbahaya ini telah meragut 150 nyawa dan 1 kes kematian di Amerika.

Wabak ini secara tidak langsung membangkitkan semula memori pahit wabak Sindrom Akut yang Teruk (SARS) yang pernah bermula di China pada lewat 2002 dan menjejaskan dengan teruk ekonomi Asia semasa tempoh separuh pertama 2003.

Di Malaysia pada tahun 1998 juga gempar dengan sejenis virus bawaan babi apabila penyakit Japanese Encephalitis (JE) atau dikenali juga sebagai virus Nipah telah meragut seorang penternak babi di negeri Perak. Ia kemudiannya menular pada tahun 1999 dan menjangkiti penternak dan penduduk di Bukit Pelanduk, Port Dickson. Sehingga 4 Mac 1999 sahaja virus JE dilaporkan telah meragut sekurang-kurangnya 28 nyawa.

Pengalaman pahit itu wajar dijadikan iktibar oleh kita dan semua pihak khususnya Kementerian Kesihatan bersama Jabatan Haiwan. Kerajaan harus mencari satu kaedah lebih berkesan dalam usaha menangani virus penyakit berjangkit yang dibawa oleh babi. Kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri disarankan lebih peka dan bersikap lebih bertanggungjawab mengatasinya.

Penternakan babi yang cuba dijadikan projek mega oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor haruslah dibuat kajian semula walaupun secanggih mana sekalipun kaedah dan teknologi penternakannya. Kalau mahu diikutkan apa kurangnya kecanggihan teknologi di Mexico tetapi masih tetap merebak. Teknologi moden penternakan babi yang dibangkitkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bukan alasan untuk menghalalkan hajat politik mereka.

Kerajaan Selangor masih terikat di bawah kerajaan pusat walaupun ianya ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Segala keputusan yang hendak dibuat perlulah selaras dan mengambilkira negara sebagai sebuah negara Islam di dunia. Adalah tidak wajar bagi kerajaan Selangor memegakan projek penternakan babi yang tidak memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh apatah lagi jika berhasrat mahu menjadi pengekspot utama haiwan berkenaan.

Bukan mahu menghalang terus penternakan babi dengan mengarahkan ladang-ladang ternakan ditutup tetapi menghadkan jumlah ternakan sekadar cukup untuk memenuhi keperluan domestik bagi menampung permintaan kaum-kaum bukan Islam (minoriti) yang menggemari daging haiwan tersebut sahaja.

Penyakit berjangkit ini telah mempengaruhi kesan amat buruk ke atas ekonomi dunia. Kerana itulah Islam pada dasarnya telah menggariskan terlebih awal kenapa umatnya diharamkan memakan haiwan itu dan apabila tersentuh maka wajib disamak.

Pastinya di sebalik pengharaman itu sudah diketahui ada cerita yang tersirat. Mungkin yang tersirat di dalam kitab suci Al-Qur'an kini dibongkar rahsianya oleh Maha Pencipta. Bukan umat Islam sahaja yang perlu bermuhasabah perkara ini malah kaum-kaum bukan Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia, juga perlu memikirkannya setelah banyak penyakit berjangkit bawaan babi merebak dari masa ke semasa.

Jika kita mahu beringat maka beringatlah daripada sekarang sebelum terlewat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Jangan kerana kuasa dan kepentingan diri maka pemimpin-pemimpin sengaja mengabaikan keselamatan kesihatan dan keselamatan nyawa rakyat.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Rujukan isu kejatuhan Forex di sini dan juga di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers