ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Deklarasi Aspirasi Baru Untuk Elakkan Kekeliruan


AMPANG - Khamis, 30 April '09: Salam kepada sahabat bloggers dan semua pengunjung. Adalah lebih baik saya membuat sedikit deklarasi terbuka mengenai editor blog "Aspirasi Baru" sebelum wujud sebarang salah sangka atau kekeliruan di kalangan ahli-ahli UMNO lain di Bahagian Ampang khususnya bagi mereka yang memegang jawatan-jawatan penting di peringkat bahagian.


Saya perlu maklumkan perkara ini kerana saya dapati ada rakan-rakan blogger yang memautkan blog "Aspirasi Baru" sebagai UMNO Bahagian Ampang. Saya bukan editor blog yang mewakili pihak UMNO Bahagian Ampang.

Ini akan mengelirukan sesetengah pihak dan mungkin menimbulkan rasa kurang senang orang-orang tertentu yang ada kepentingan politik. Maka ada baiknya jika rakan-rakan blogger segera memperbetulkan pautan berkenaan.

Blog "Aspirasi Baru" tidak mewakili UMNO Bahagian Ampang secara total tetapi hanya suara dan pandangan peribadi seorang insan kerdil, ahli UMNO sebuah cawangan yang bernaung di bawah Bahagian Ampang.

Jika pun "Aspirasi Baru" mewakili kumpulan tertentu ia hanya pandangan sebuah kelompok kecil. Walaupun saya menganggap ianya kelompok kecil tetapi matlamat dan objektif utama yang tersirat ialah untuk menjadikan kelompok kecil ini sebagai sebuah kumpulan akar umbi yang berintegrasi untuk membawa satu pembaharuan yang lain daripada yang lain memandangkan kesepian aktiviti di peringkat bahagian.

Biar pun kecil tetapi "kecil-kecil cili padi" agar landasan ini mampu menyuarakan pandangan bernas dan membina kepada semua. Itulah harapan saya serta rakan-rakan ke arah usaha memperkasakan semula sokongan generasi muda terhadap kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Saya akan terus mengutip segala maklumat di samping sedang merangka satu perancangan strategik yang lebih kreatif dan innovatif bagi membantu kepimpinan di semua peringkat dan sayap parti dalam menyahut usaha transformasi yang dibawa oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan bermula dari bawah di akar umbi.

Fokus awal adalah membawa masuk lebih ramai ahli-ahli baru generasi muda, diikuti dengan penyusunan aktiviti dan program untuk dilaksanakan. Usaha ini akan digembeling bersama semua sayap parti di semua peringkat. Beberapa temu janji sedang diatur bagi mengadakan perbincangan lanjut.

Secara tidak rasmi perancangan ini telah saya maklumkan kepada Ketua Pemuda UMNO, saudara Khairy Jamaluddin dan Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo. Perbincangan akan diadakan dalam masa yang terdekat dan sebarang perkembangannya akan dimuatkan di blog ini dari masa ke semasa.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers