ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Al-Fatihah Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat



AMPANG - Ahad, 3 Mei '09: Maaf saya dan isteri agak terlewat untuk mengucapkan salam takziah kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud seisi keluarga atas pemergian ahli keluarga tersayang, Allahyarhamah Puan Sri Laila Taib.

Allayarhamah Puan Sri Laila, 68, dikatakan meninggal dunia jam 3.45 petang pada 29 April lalu akibat penyakit kanser di kediaman mereka di Demak Jaya, Kuching, Sarawak. Al-fatihah buat Allahyarhamah Puan Sri Laila Taib. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan solihin dan solehah.

Hari ini pula Allahyarhamah Fatimah Yusoff, 83, ibu kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Seberang Jerteh setelah sebulan uzur kerana sakit tua.

Saya dan isteri turut mengucapkan salam takziah kepada Datuk Seri Idris Jusoh dan seluruh ahli keluarga beliau. Kepada Allahyarhamah bondanya, kami iringi Al-fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

- Amin -

Daripada: BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

1 comments:

Al- Fatihah juga dari Kulatlapok. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Wallahuaalam.


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers