AMPANG - Ahad, 3 Mei '09: Pilihan raya kecil DUN Penanti yang sedang menunggu hari penamaan calon 23 Mei ini dan proses pengundiannya pada 31 Mei belum pun selesai, sekarang timbul pula satu lagi kemungkinan pilihan raya kecil di DUN Kota Alam Shah, Selangor.
Umpama satu janji dan sengaja dirancang oleh pembangkang. Tahun 2009 mencatatkan sejarah pilihan raya kecil terbanyak diadakan setakat ini.
Selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 negara terus bergolak dan dikucar-kacirkan oleh pembangkang yang mendapat mandat mentadbir di 5 buah negeri dan 1 wilayah. PAS, PKR dan DAP terus mengheret BN berpolitik tak berkesudahan sehingga membosankan rakyat.
Kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan (DAP), yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pula mengesahkan kemungkinan besar akan mengosongkan kerusi tersebut. Beliau sedang memikirkan untuk berbuat demikian.
Dalam kenyataan media yang diedarkan oleh isterinya, S. Pushpaneela, Manoharan berkata beliau akan mengumumkan keputusannya secara rasmi selepas bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak, pada 19 Mei ini.
Alasan peletakan jawatan itu disebabkan beliau rasa bersalah dan tidak adil kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab kepada pengundi pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor. Apakah alasan berkenaan telah difikirkan satu alasan yang kuat dan munasabah untuk beliau melepaskan jawatan ADUN Kota Alam Shah?
Kenapa sejak awal lagi beliau tidak memikirkan perkara ini? Manoharan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 13 Disember 2007 dan ketika itu pilihan raya umum ke-12 masih belum berlangsung.
Apa perlu untuk beliau menerima pencalonan bertanding dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008 lalu sedangkan beliau tahu jika menang pun maka tanggungjawab sebagai wakil rakyat tidak akan mampu dilaksanakannya kerana masih berada dalam tahanan.
Hari ini beliau baru sedar keadaan itu berlaku. Bermakna kita dapat menilai betapa lembapnya akal pemimpin pembangkang ini. Malah sebagai seorang peguam, beliau sepatutnya lebih ke depan untuk memikirkan masalah ini yang pasti dihadapi beliau.
Tindakan tidak bertanggungjawab dan keputusan yang lewat ini hanya menyusahkan rakyat dan sekali lagi mendesak kerajaan persekutuan membazirkan wang rakyat bagi menambahkan satu lagi perbelanjaan besar untuk melangsungkan pilihan raya kecil yang baru.
Seperti posting yang lalu bertajuk "Lain Padang Lain Belalang, Lain Orang Lain Pandangan" saya telah menjangka akan ada lagi peletakan jawatan seterusnya oleh pembangkang dan hari ini kita sudah mendengar satu lagi berita kemungkinan yang akan berlaku. Selepas ini di mana lagi?
Oleh kerana itulah saya bersetuju jika YAB Datuk Seri Najib mempertimbangkan untuk tidak meletakkan calon BN di DUN Penanti sebagai tanda boikot maka samalah juga di DUN Kota Alam Shah jika Manoharan membuat keputusan meletakkan jawatan pada 19 Mei nanti.
Jika BN melayan kerenah bodoh dan sikap tidak bertanggungjawab yang dicetuskan pembangkang maka kita samalah juga tergolong sebagai orang bodoh seperti mereka. Kita juga menjerat diri sendiri dengan perangkap pembangkang dan seakan-akan turut bersetuju ke atas pengkhianatan mereka terhadap mandat rakyat pada pilihan raya umum yang lalu.
ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"
Berita berkaitan isu di sini, di sini, di sini dan di sini.
Post a Comment
MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!
Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.
Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.
"BAHASA JIWA BANGSA"
Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.