ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Sekalung Penghargaan Buat Rakan-Rakan Pengunjung


Ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan atas sokongan saudara-saudari rakan pengunjung yang telah sudi meluangkan masa untuk singgah melayari blog Aspirasi Baru ini.

Tidak sampai pun 48 jam blog ini dilancarkan secara rasmi mulai 12 April baru-baru ini saya mendapati banyak kunjungan diterima dari seluruh pelusuk tanahair termasuklah rakan warga kita yang berada di luar negara.

Apa yang saya lihat kunjungan pelawat sentiasa bertali arus di sepanjang masa meskipun bilangannya yang kecil dalam sesuatu masa. Ini satu cerminan yang baik dalam usaha membawa sebuah pendekatan baru yang lebih harmoni.

Juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih terhadap pelawaan persahabatan daripada rakan-rakan blogger serta komentar yang menyuntik semangat kekitaan yang tinggi. Lontaran komentar dan penyertaan sebagai pengikut setia blog amatlah dihargai.

Insya'Allah semoga blog Aspirasi Baru ini akan mampu Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi dan berjaya mencapai objektifnya sepertimana yang diimpikan.


Saya mengalu-alukan segala sokongan dan kerjasama daripada saudara-saudari ke arah perkongsian maklumat terkini, saling bertukar-tukar idea dan buah fikiran agar dapat membantu mencerna minda yang positif supaya kelihatan lebih berdaya maju sejajar dengan hasrat transformasi oleh kepimpinan baru negara.

Besar harapan semoga nilai-nilai Aspirasi Baru dapat diterapkan di kalangan pemuda dan pemudi agar ianya dapat diterjemahkan menjadi realiti ke arah pembentukan kelompok masyarakat golongan muda yang perkasa sebagai tembok harapan bangsa yang beriltizam tinggi meneruskan agenda perjuangan di masa hadapan.

Marilah kita menjiwai sejarah perjuangan silam yang tulus dan suci. Janganlah kita menodainya atau mencemarinya dengan tingkah tidak beradab atau kata nista lagi dusta. Marilah kita meniti hari sambil bertekad memupuk perpaduan dan keharmonian. Lupakan sengketa, abaikan perselisihan sambil kita saling menghulur salam maaf-bermaafan.

Eratkan kembali tali silaturrahim kita sesama insan demi keutuhan, demi keperkasaan bangsa berdaulat. Bersamalah kita membawa satu Aspirasi Baru untuk didokong bersama menjadi wadah perjuangan membela agama, bangsa dan negara yang tercinta.

Perjuangan yang tulus menuntut sebuah pengorbanan yang tinggi. Majulah ke hadapan, jangan sekali-kali kita toleh ke belakang. Transformasi terus diselusuri, Aspirasi bakal dijulangi.

Janji disemai, kata dikota. Salam perpaduan, salam muhibbah.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers