ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

KPI: TPM Tidak Terkecuali



Oleh ZULKIFLI JALIL dan ZABRY MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 13 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sendiri tidak terkecuali daripada penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang baru diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbiran kerajaan.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, justeru beliau akan memberikan perhatian serius terhadap setiap tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

''Setiap daripada kita akan diukur oleh KPI dan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak terkecuali".

''Oleh itu, saya perlu beri perhatian utama yang serius kepada setiap tugas yang diberikan," katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari bersama pegawai-pegawai kanan Pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini.

Khamis lalu, Perdana Menteri mengumumkan pendekatan baru KPI yang akan menilai prestasi para menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan perkhidmatan awam setiap enam bulan sekali.

KPI menekankan aspek kesan, hasil dan penyampaian perkhidmatan awam yang berbaloi dan akan dipantau oleh sebuah unit baru yang dipimpin oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Terdahulu, Muhyiddin memulakan tugas di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra pagi ini sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Khamis lalu.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan yang kemudiannya memberikan taklimat mengenai perjalanan serta tugas-tugas di situ.

Menurut Muhyiddin, fokus untuk menjana ekonomi agar berkembang pesat merupakan antara keutamaan yang akan diberikan oleh kerajaan selain mengurus pentadbiran negara dengan lebih cekap.

Ini kerana, jelas beliau, cabaran dalam tempoh mendatang adalah amat tinggi berikutan ekonomi global yang lembap.

Bagi memastikan matlamat tersebut tercapai, tambah Timbalan Perdana Menteri, beliau akan mencari jalan supaya prestasi para pegawai kerajaan dapat bergerak lebih berkesan.

''Kita juga perlu beri perhatian dalam meningkatkan hubungan, semangat kerjasama dan perpaduan semua kumpulan kaum bagi menjayakan konsep Satu Malaysia, seterusnya mencapai sasaran Wawasan 2020," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam supaya bersama membantu Perdana Menteri menjalankan tugas untuk memenuhi keperluan rakyat.

Pautan asal di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers