ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

PM Digesa Wujudkan Kembali MECD



Orang ramai menggesa YAB Perdana Menteri mempertimbangkan semula untuk mewujudkan kembali Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) setelah baru-baru ini ianya dimansuhkan.

Keluh kesah di kalangan rakyat menyatakan rasa kurang senang mereka dengan tindakan Datuk Seri Najib memansuhkan kementerian berkenaan yang telah banyak memberi sumbangan dan bakti terhadap kemajuan ekonomi kaum bumiputera khususnya Melayu.

Kementerian tersebut dilihat mampu meneruskan agenda membela nasib kaum bumiputera dengan lebih berkesan. Ketiadaan sebuah kementerian yang khusus untuk menjaga kepentingan mereka akan merencatkan usaha melahirkan lebih ramai usahawan baru serta golongan profesional bumiputera.

Di samping itu ia juga tidak selaras dengan usaha kerajaan yang mahu memajukan ekonomi kaum bumiputera sepertimana yang diuar-uarkan sebelum ini. Keyakinan rakyat terhadap kerajaan akan kembali teguh jika apa yang diucapkan mampu diterjemahkan menjadi realiti.

Dengan agenda melahirkan lebih ramai usahawan baru dan profesional bumiputera akan membantu mempercepatkan keseimbangan ekonomi antara kaum di negara ini.

Kerajaan juga tidak harus lupa segala sumbangan daripada usahawan-usahawan bumiputera di dalam memajukan ekonomi negara. Rakyat dan kerajaan adalah dua kelompok yang saling memerlukan antara satu sama lain di dalam kemajuan dan pembangunan negara.

Seiringan dengan aspirasi baru "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" diharapkan rungutan dan keluh kesah rakyat mengenai perkara ini dapat diambil perhatian yang serius untuk dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Dalam menghadapi krisis ekonomi sedunia hari ini, negara kita tidak terkecuali merasai bahangnya. Maka itu kerajaan haruslah bijak menangani masalah dan kehendak rakyat kerana situasi ekonomi yang tidak menentu ini turut membebani rakyat.

Insya'Allah dengan pembabitan usahawan bumiputera secara tidak langsung mampu berperanan ke arah penyelesaian kegawatan ekonomi.


Semoga YAB Datuk Seri Najib dapat mengkaji semula keputusan serta mengambil langkah bijak mewujudkan kembali Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi demi kepentingan kaum bumiputera.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

3 comments:

Penjelasan pembubaran MECD dalam masa terdekat - Muhyiddin

12/04/2009 6:07pm

KUALA LUMPUR 12 April — Kerajaan akan memberi penjelasan terperinci berhubung pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata penjelasan berhubung pembubaran dan fungsi kementerian itu yang telah diserapkan kepada beberapa kementerian lain ekoran pengumuman kabinet baru pada Khamis lepas akan dibuat sama ada oleh beliau sendiri ataupun Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa kesemua fungsi yang sebelum ini terletak di bawah tanggunggjawab MECD akan diberi perhatian walaupun telah diserapkan kepada kementerian lain.

“Pada peringkat awal semua berminat nak tahu...tapi saya beri jaminan tidak ada satu pun yang dianggap tidak penting...bila kabinet baru dibentuk tentu ada pihak tertanya-tanya mengapa ia ditiadakan tetapi pada dasarnya ia tetap diutamakan,” katanya selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat di kediamannya di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa mengumumkan barisan kabinet barunya pada Khamis lepas telah tidak menyebut MECD dalam senarai kementerian di bawah pentadbirannya.

Najib kemudian mengeluarkan kenyataan akhbar yang memaklumkan semua agensi di bawah MECD disusun semula dan diserapkan kepada beberapa kementerian lain, termasuk ke dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah.

- BERNAMA


Insya'Allah akan terus dikunjungi. Sebelum ini saya selalu mengunjungi blog saudara sebagai pemerhati sahaja. Sekarang saya ikut serta berblog.


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers