ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Tidak Terpilih Anggotai Kabinet Bukan Perkara Pelik


Kita berharap isu Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin tidak terpilih menganggotai kabinet baru pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi diperbesar-besarkan setelah Ketua Pemuda itu sendiri sedia menerima hakikat dengan hati penuh terbuka dan memahaminya.


Bukan hanya Khairy sahaja yang tidak tersenarai malahan ramai lagi pemimpin-pemimpin lain yang dirasakan masih wajar berada dalam kabinet juga tidak terpilih. Tambah pula perkara ini bukan sesuatu yang baru tetapi pernah berlaku sebelumnya di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Yang penting wakil daripada Pergerakan Pemuda UMNO tidak tercicir. Datuk Mukhriz Mahathir serta Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim masing-masing telah dilantik sebagai timbalan menteri untuk membarisi kabinet baru.

Kontroversi yang timbul hanyalah kerana Datuk Mukhriz yang tewas di tangan Khairy dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda pada perhimpunan agong parti yang lepas telah dilantik oleh Datuk Seri Najib menganggotai kabinet sedangkan Khairy yang menang tidak dilantik.

Saya percaya sudah tentulah YAB Perdana Menteri mempunyai alasannya tersendiri yang juga telah pun dimaklumkan terlebih awal kepada Ketua Pemuda itu. Hormatilah keputusan yang telah dibuat.

Keterangan Datuk Seri Najib dan penjelasan saudara Khairy sendiri tentang perkara ini sepatutnya sudah cukup untuk meredakan keadaan. Semoga tiada lagi mana-mana pihak yang cuba membuat spekulasi mengenai isu ini.

Jika kita mahu mempertikaikan rasa tidak puashati ianya tidak akan berkesudahan. Ramai yang tidak berpuashati terutama mereka yang menang dalam pemilihan parti baru-baru ini juga tidak terpilih.

Adalah mustahil bagi Perdana Menteri untuk membariskan kesemua mereka yang menang dalam pemilihan parti baru-baru ini. Kalau semua orang yang menang menuntut hak untuk duduk dalam kabinet kerajaan siapa pula yang mahu menguruskan perjalanan parti?

Kepada yang terpilih kita ucapkan tahniah dan sama-sama kita berikan sokongan. Bagi yang tidak dilantik tumpukanlah sepenuh iltizam ke arah memperkasakan perjuangan parti di dalam usaha menarik lebih ramai pengundi-pengundi muda untuk bersama-sama dengan kita.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers