ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Masa KJ Terhad Jika Anggotai Kabinet



MUDA MOHD NOOR | Apr 10, 09 6:19pm - Malaysiakini


Seorang orang kuat Khairy Jamaluddin menyifatkan tugas memperkasakan pergerakan Pemuda UMNO adalah lebih penting kepada Ahli Parlimen Rembau itu, daripada memegang jawatan dalam kabinet.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, harapan ahli UMNO lebih besar kepada Pemuda berbanding Wanita dan Puteri.

Oleh itu, katanya, Khairy Jamaluddin memerlukan tumpuan sepenuh masa untuk memperkasakan Pergerakan Pemuda UMNO.

"Jika Khairy menjadi menteri atau timbalan menteri, masa untuk memperkasakan pergerakan tersebut akan terhad.

"Ini kerana seseorang menteri dan timbalan menteri mempunyai tugas harian yang sibuk," katanya.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata demikian ketika diminta mengulas ketiadaan Ketua Pemuda UMNO dalam senarai kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Datuk Mukhriz Mahathir yang kalah kepada Khairy dalam merebut jawatan Ketua Pemuda, dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Manakala, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Elakkan Tanggapan Negatif

Abdul Rahman berkata, pelantikan Mukhriz dan Razali menunjukkan Pemuda tidak hilang semua dalam kabinet Najib.

"Tetapi saya berharap semua pihak kena duduk bersama secara serius untuk membantu memulihkan kerajaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Selangor, Syukur Idrus berkata, kuasa melantik menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri.

Katanya, bukan perkara baru jika Ketua Pemuda tidak dilantik dalam kabinet.

Menurutnya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pernah tidak dilantik dalam kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebaliknya, kata beliau, Naib Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai timbalan menteri.

"Saya berharap Pemuda bersikap rasional dan jangan ada tanggapan negatif yang boleh memecahbelahkan perpaduan pergerakan itu.

"Barangkali ada suara-suara sumbang apabila Khairy tidak ada dalam kabinet tetapi ia perlu dilihat dari sudut yang positif," katanya.

Pautan asal di sini.

2 comments:

Masa KJ terhad jika dilantik menteri, tetapi masa Hishamuddin tidak terhad masa dia teraju menteri pendidikan pada jawatan yang sama KJ. Hampeh!...


Samada ini sejajar dengan hasrat tansformasi atau sekadar alasan wallahu'alam. Tapi Ketua Wanita dan Ketua Puteri tidak pula dikatakan terbatas masanya. Kalau mahu diteliti dalam barisan kabinet baru masih ada dua tiga pemimpin yang juga tidak bersih. Ini diakui oleh Tun Dr Mahathir.

Apa pun kita rasa simpati dengan apa yang berlaku. Diharapkan YB Khairy dapat menyahut cabaran PM untuk membuktikan beliau mampu membawa pembaharuan dan memperkasakan pergerakan Pemuda UMNO yang diterajuinya.


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers