ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Khairy Sedia Bantu PM Walaupun Tidak Tersenarai



Oleh NORIZAN ABDUL MUHID dan SAIFUL HAIZAN HASAM
pengarang@utusan.com.my

MELAKA, 9 April - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sedia membantu Perdana Menteri walaupun tidak terpilih menganggotai barisan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, jawatan dalam Kabinet tidak penting baginya apatah lagi dengan tanggungjawab beratnya sebagai ketua pergerakan tersebut.

"Sebagai Ketua Pemuda UMNO, saya sedia membantu Perdana Menteri sama ada dalam atau luar kerajaan dan saya rasa jawatan (Kabinet) itu tidak penting," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini hari ini.

Situasi Ketua Pemuda UMNO tidak terpilih menganggotai Kabinet bukan sesuatu yang tidak pernah berlaku.

Datuk Suhaimi Kamaruddin (1978-1982) dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (1996-1998) adalah antara Ketua Pemuda yang tidak terpilih menganggotai Kabinet sebelum ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang disiarkan laman web rasminya, www.rembau.net, Khairy berkata, Najib telah memberikan amanah kepadanya semalam supaya menumpukan sepenuh perhatian untuk mengukuhkan parti.

Katanya, memandangkan tugasan itu memerlukan komitmen yang tinggi, beliau dan Perdana Menteri sepakat ia tidak boleh dicampur aduk dengan tugas-tugas pentadbiran kerajaan.

"Saya telah dipanggil dan dimaklumkan oleh Perdana Menteri semalam bahawa beliau mahu saya menumpukan perhatian mengukuhkan Pemuda UMNO.

"Berdasarkan kepada kemerosotan sokongan pengundi muda kepada Barisan Nasional (BN), kami berdua sepakat dan bersetuju bahawa tanggungjawab dan gerak kerja memenangi pengundi muda adalah satu komitmen sepenuh masa yang menuntut gandingan tenaga dan dedikasi untuk kerja-kerja parti tanpa sebarang tanggungjawab dalam pentadbiran kerajaan," katanya.

Sehubungan itu Khairy meminta ahli Pemuda supaya menerima pengumumannya dengan hati yang terbuka dan menyambut cabaran yang telah diberikan Najib dengan penuh iltizam.

"Kepada Perdana Menteri saya ucapkan terima kasih di atas amanah yang diberi dan berikrar untuk memberi sokongan tak berbelah-bahagi kepada kepimpinan beliau dan saya juga berjanji untuk bekerja keras untuk memperkasa dan mengukuhkan Pemuda UMNO," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy mengucapkan terima kasih di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Pemuda melalui pelantikan Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Beliau percaya Kabinet yang baru diumumkan mampu membantu Perdana Menteri dalam usahanya membawa perubahan berdasarkan pendekatan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Pautan asal di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers