ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

AMT - Sekali Lagi Khairy Dipinggirkan


AMPANG - Ahad, 26 April '09:
Pelantikan Ahli Majlis Tertinggi seramai 12 orang serentak dengan pengumuman barisan kepimpinan baru Badan Perhubungan UMNO Negeri pada 24 April lepas yang dibuat Presiden parti sekali lagi menyaksikan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin diketepikan daripada barisan AMT.


Wakil daripada pergerakan Pemuda UMNO yang dipilih sebagai AMT baru ialah Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim. Baru-baru ini Naib Ketua Pemuda yang juga merangkap Ketua Pemuda UMNO Johor itu telah disenaraikan sebagai anggota kabinet baru.

Datuk Razali diberikan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan manakala Khairy tidak terpilih. Nampaknya tuah lebih menyebelahi orang kedua daripada orang pertama sayap itu.

Jika kita teliti sejak peralihan kuasa yang berlaku daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 April lalu, nasib saudara Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau umpama dirundung malang walaupun berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 26 Mac lalu.

Apakah ini satu petanda bahawa zaman kegemilangan beliau semakin terhakis setelah bapa mertuanya tidak lagi menerajui tampuk kekuasaan negara? Ada sesetengah berpendapat keperitan ini terpaksa dilalui Khairy sekalipun beliau suka ataupun tidak suka kerana era kesenangan dan kemewahan beliau sudah berlalu ketika bapa mertuanya berkuasa.

Ada juga segelintir menyuarakan pandangan, keadaan ini berlaku sebagai masa untuk kuasa dan pengaruh Datuk Seri Najib yang dibayangi Tun Dr Mahathir, membalas dendam kepada kroni-kroni Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kalau dilihat ramai orang-orang kanan Tun Abdullah (mantan PM) diketepikan oleh Datuk Seri Najib kecuali Ketua Menteri Melaka masih dikekalkan sebagai AMT dan terus menerajui negeri Melaka.

Malah dari sudut positifnya, saya berpendapat, inilah masanya Khairy Jamaluddin mengambil peluang terbaik untuk membuktikan kemampuan dan kewibawaan sebenar dirinya seperti yang selalu disebutkan beliau ketika mahu bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda dahulu.

Khairy pernah berkata beliau tidak bergantung kepada pengaruh bapa mertuanya sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti (ketika itu) sebagaimana didakwa oleh banyak pihak tetapi atas kredibilti pengaruh dan kekuatannya sendiri untuk membawa pembaharuan kepada pergerakan itu.

Kata-kata beliau itu harus dibuktikan dan inilah waktunya yang sesuai. Bertepatan dengan pengumuman barisan Ketua Pemuda Negeri yang baru berserta anggota exco-exconya yang bakal dimaklumkan minggu depan. Seluruh cawangan pemuda dan bahagian menantikan pembaharuan yang bakal dilakukan Khairy.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers