ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Najib Buat Kejutan Kedua Turun Padang Bertemu Rakyat



Sabtu, 25 April '09: Tanpa disangka, tanpa persediaan dan tanpa sambutan permaidani merah, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi buat kejutan turun ke bawah bertemu rakyat bagi merasai sendiri suasana kehidupan masyarakat di ibu negara.


Kawasan-kawasan yang dilawati kali ini ialah di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India dan Hentian Puduraya untuk melihat sendiri ruang-ruang peniaga kecil di kawasan berkenaan sambil membuat tinjauan kesesakan bandaraya yang dialami rakyat.

Perdana Menteri tiba di Jalan TAR dekat Semua House pada jam 3.20 petang diiringi oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang baru, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan timbalannya, Datuk M. Saravanan serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Dalam lawatan mengejut yang singkat itu, beliau melahirkan rasa kurang senang dengan kesesakan di situ dan ketidakcekapan kemudahan awam semasa melakukan tinjauan selama sejam, mengikut kata Menteri Wilayah Persekutuan.

Kemunculan Datuk Seri Najib di Plaza Rakyat dan Hentian Puduraya juga menarik perhatian orang ramai yang berada di situ kerana tidak menyangka kehadiran beliau untuk membuat tinjauan di situ. Beliau tiba di stesen Plaza Rakyat dengan menaiki sistem transit aliran ringan (Star LRT) dari stesen Masjid Jamek.

Beliau sempat meninjau tapak pembinaan Plaza Rakyat yang terbengkalai sudah lebih 12 tahun dan juga berjalan kaki di kawasan Puduraya yang terkenal dengan kesesakannya di mana terletak terminal bas ekspres untuk perkhidmatan ke utara dan selatan tanahair.

Dengan kawalan ketat pengawal keselamatannya dan beberapa pegawai yang mengiringi, beliau sempat singgah di sebuah gerai di situ untuk menikmati segelas minuman sejuk beramai-ramai sambil beramah mesra dengan peniaga-peniaga serta orang ramai dan turut bergambar dengan rakyat.

Pengalaman berjalan kaki dan menaiki LRT bersama orang ramai untuk merasai ketidakselesaan suasana sesak dan pelbagai kesulitan lain yang dilalui rakyat setiap hari di kawasasn berkenaan sudah cukup untuk memberi gambaran sebenar kepada beliau bahawa usaha penambahbaikan sistem pengangkutan awam khususnya di ibu kota masih perlu dipertingkatkan.

Dari apa yang telah ditinjau oleh Datuk Seri Najib itu, beliau telah mengarahkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan semua pihak yang berkaitan agar memastikan kemudahan berkenaan dipertingkatkan segera demi faedah orang ramai.

Mengenai projek Plaza Rakyat yang sudah lama terbengkalai itu, beliau mengarahkan Datuk Raja Nong Chik selaku Menteri Wilayah Pesekutuan yang baru mengambil tindakan segera memberi kata dua kepada pemaju tersebut untuk menyiapkannya.

Keprihatinan dan ketegasan Perdana Menteri dalam perkara ini sangat dialu-alukan oleh rakyat. Semoga sikap kepimpinan mesra rakyat sepertimana yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak akan turut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin lain terutama menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri kabinetnya.

Keadaan ini juga diharap dapat dikekalkan oleh beliau selagi menjadi Perdana Menteri dan jangan hanya di peringkat awal sahaja.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Pautan berita berkaitan di mStar, The Star dan Bernama.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers