ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Hapuskan Birokrasi dan Rasuah, Jayakan Transformasi



AMPANG - Isnin, 27 April '09: Selaras dengan usaha transformasi yang mahu dijayakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua unsur utama yang amat tidak sihat dalam sistem pengurusan kerajaan dan semua agensi-agensi kerajaan ialah gelagat birokrasi dan rasuah.


Ia berlaku secara berleluasa di kalangan menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri, pegawai-pegawai dan kakitangan. Kudis yang sudah sampai ke tahap barah ini wajib diperangi secara menyeluruh dan bersepadu.

Unsur-unsur tidak sihat seperti ini telah mencemarkan nama baik kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat GLC dan agensi-agensi kerajaan. Ia sesuatu yang sudah lama berlaku dan diketahui umum malangnya tiada sebarang usaha dan langkah penyelesaian yang efektif.

Kegagalan dan ketidakcekapan menanganinya dengan bijaksana akan memberi impak yang sangat negatif kepada kepimpinan baru negara dan akan dianggap tidak selaras dengan usaha pembaharuan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri.

Jika ini mampu dilaksanakan dengan kesungguhan tanpa kompromi maka usaha transformasi yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri keenam akan berjaya mencapai matlamatnya. Jika sebaliknya maka ia sekadar indah pada rupa dan manis pada kata-kata sahaja.

Sebagai rakyat yang mengharapkan satu pembaharuan yang telus oleh kepimpinan baru, kita tidak mahu kesilapan demi kesilapan kembali berulang dan janji hanya tinggal janji sekali lagi.

Slogan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" disambut baik oleh seluruh rakyat dengan segunung harapan. Pastikan kemanisan madu slogan itu tidak meninggalkan sepah yang akhirnya akan dibuang. Dahulukanlah rakyat dan utamakanlah pencapaian yang disasarkan.

Saya tertarik dengan penulisan sahabat blogger, saudara Azli Shukri bertarikh 25 April yang bertajuk "Dunia Di Hujung Jongkang Jongket" secara keseluruhannya. Beliau telah mengintipatikan 6 perenggan sebagai perkara pokok jika kerajaan Barisan Nasional (khususnya UMNO) benar-benar ikhlas dalam usaha mendekati generasi muda.

Daripada keenam-enam perkara pokok tersebut saya terpaut kepada perkara no.4 yang dituliskan beliau kerana perenggan berkenaan merupakan pengalaman pahit saya sendiri. Petikan perkara yang dimaksudkan dan komentar saya berserta maklumbalas beliau saya catatkan seperti di bawah ini...

Petikan perkara no.4 yang ditulis

4. Mudahkan generasi muda yang ingin berniaga untuk mendapatkan pinjaman perniagaan, di samping mengurangkan birokrasi dan karenah prosedur kerajaan yang melambatkan sesuatu pinjaman. Baca cerita penuh beliau di sini.

Komentar saya

BHM said...

Perkara no.4 menarik perhatian saya kerana ia masih belum diatasi sehingga kini. Saya salah seorang mangsa birokrasi dan kebongokan pegawai2 bawah sampailah CEO di SME Bank.

Permohonan di bawah skim "start-up" sejak 30 Julai 2007 utk membuka kilang memproses minuman kesihatan yg belum ada dlm pasaran tempatan (bermakna sbg perintis) tidak difahami oleh pegawai2 malah menyamakan produk yg mereka tak tahu apa itu seperti lain2 minuman.

Bekas Menteri MECD, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sudah mengeluarkan surat sokongan agar ianya dipertimbangkan hanya dibakulsampahkan oleh CEO SME Bank (Datuk Azmi). Nampaknya SME Bank lebih berkuasa drp MECD (terbalik). Fungsi MECD seolah-olah tak wujud sebab itulah agaknya Datuk Seri Najib mansuhkan MECD.

Follow-up dibuat semasa Datuk Noh Omar menjadi Menteri MECD tetapi tindakan tiada. Paling best bila Setiausaha Sulit Kanan beliau (Saiful Bahar) kata ketiga-tiga surat yg saya hantar melalui A.R.Register dan juga melalui email dah hilang tak tahu mana nak cari dan suruh saya mohon semula drp awal. Hari ini MECD dah tak wujud, siapa nak jawab, siapa lagi nak rujuk?

Tapi alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran saya, ada juga hamba Allah (hartawan) menunjuk minat utk melabur dlm projek saya dan skrg sdg finalise. Walau bagaimanapun perkara ini saya takkan diamkan begitu saja. Segala evidence akan saya majukan kpd Perdana Menteri nanti. Pendedahan akan tetap dibuat kerana dlm perkara ini terdapat unsur2 rasuah yg perlu dimaklumkan kpd pucuk pimpinan negara.

April 25, 2009 11:23 PM

Maklumbalas saudara Azli

Muhammad Azli Shukri said...

BHM - memang benar isu yang saudara hadapi ini telah banyak dihadapi oleh usahawan kita, semasa saya menjadi editor dewan ekonomi, saya telah menemui pelbagai latar belakang usahawan melayu yang menghadapi masalah seperti tuan, pelbagai cara dan usaha telah dilakukan tetapi pihak kementerian dan agensi terbabit buat sambil lewa sahaja.

April 26, 2009 9:11 PM

Saya menganggap pendedahan awal ini sebagai satu pendedahan yang eksklusif dan ia dibuat bersandarkan segala bukti yang ada demi menyahut usaha transformasi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kita mahu melihat sejauh mana kesungguhan tindakan susulan yang bakal diambil oleh Perdana Menteri bagi mengatasi masalah-masalah yang menimpa usahawan bumiputera dan apakah langkah-langkah ke arah menjayakan semula harapan usahawan-usahawan teraniaya disebabkan birokrasi dan rasuah seperti ini, lebih-lebih lagi setelah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dimansuhkan.

Saya juga menyeru kepada usahawan-usahawan lain yang teraniaya oleh unsur-unsur birokrasi dan rasuah agar berani tampil ke hadapan membuat pendedahan secara eksklusif untuk mengemukakan aduan dan menyertakan segala bukti sebagai rujukan dan pemantauan oleh kepimpinan baru negara.

Bagi menjayakan transformasi ini, semua pihak harus bertanggungjawab mengambil bahagian untuk berkerjasama dengan Perdana Menteri bagi menyalurkan maklumat, melaporkan segala kepincangan dan penyelewengan.

Kita harus berani tampil membuat pendedahan berfakta. Selebihnya kita serahkan kepada pucuk pimpinan negara untuk mengambil tindakan susulan terhadap apa yang telah disalurkan.

Semoga maklumat yang disampaikan oleh rakyat tidak akan dibakulsampahkan pula oleh kepimpinan baru negara. Penyelesaian secara bijaksana ke atas masalah-masalah sedemikian akan memberi cerminan yang positif terhadap usaha pembaharuan yang mahu dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri yang baru.

"1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" adalah satu aspirasi baru. Ia menjadi harapan besar kepada rakyat agar usaha ini berjaya diterjemahkan dan direalisasikan di bawah teraju kepimpinan baru negara.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers