ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Akhirnya Jelas Nik Aziz Sememangnya Ular Dalam Semak



JAKARTA - Rabu, 29 Julai '09: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah jelas menunjukkan sikap tidak ikhlasnya apabila berdolak-dalik dengan kenyataan kerjasamanya yang tidak konsisten. Beliau boleh bercakap apa sahaja sepertimana yang saya peringatkan sebelum ini agar UMNO/BN sentiasa berwaspada. Semalam lain, hari ini lain dan esok lain pula, itulah sebenarnya Nik Aziz. Beliau sesuai dilabelkan sebagai "ular dalam semak" dan tidak layak dianggap sebagai seorang ulamak.

Adalah tidak keterlaluan jika saya katakan perjuangan Nik Aziz bukan berlandaskan perjuangan Islam yang tulen malah hanya mahu menangguk di air keruh demi mencari kepentingan untuk diri sendiri dan untuk keberuntungan parti PAS yang sudah jauh terpesong daripada landasan sebenar. Nik Aziz bukan seorang pejuang Islam sejati tetapi umpama "dajal di akhir zaman" yang bertopengkan agama suci Allah bagi mengelirukan umat Islam yang cetek ilmu agama dan akidah.

Pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang terlalu mudah lembut hati dan diperdaya dengan janji-janji manis kerjasama oleh Nik Aziz bagaikan ikan-ikan yang termakan umpan kail yang sengaja dipasang Nik Aziz untuk memerangkap pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Tindakan Nik Aziz mempelawa kerjasama hanyalah untuk melihat sejauh mana terdesaknya di pihak UMNO/BN sahaja dan bukan atas dasar perjuangan untuk memartabatkan agama dan bangsa Melayu.

UMNO/BN sepatutnya sudah boleh menilai daripada awal siapa sebenarnya Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain sejak mereka mula menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP lagi. Pemimpin-pemimpin DAP sudah jelas menolak agama Islam sebagai agama rasmi dan juga berusaha mahu menghapuskan kekuatan bangsa Melayu apabila berani mempertikaikan "hak-hak istimewa" orang-orang Melayu di bumi Malaysia tetapi PAS sanggup bersekongkol dengan mereka. Sejak itu jugalah PAS sudah nampak akan keuntungannya dan kerana itulah PAS memperkenalkan slogan barunya "PAS for all" bagi menarik sokongan golongan bukan Islam dan bukan Melayu.

Daripada senario yang berlaku ini maka kita dapat menilai bahawa UMNO/BN lebih telus dan lebih ikhlas mahu bekerjasama dengan mereka (jika disambut baik) tanpa syarat dan tidak sebagaimana yang sering diutarakan oleh pemimpin-peminpin mereka yang suka meletakkan pelbagai kondisi. Malangnya tidak sampai pun beberapa hari atas kesanggupan kerjasama, kita dihidangkan pula dengan pelbagai kenyataan-kenyataan baru Nik Aziz yang lebih celupar daripada si kafir harbi.

Kenyataan "pergi jahanam dengan UMNO" samalah seperti menjahanamkan bangsa dan agama sendiri kerana beliau tahu dan sedar bahawa di dalam parti UMNO terdiri daripada 100 peratus umat Islam dan bangsa Melayu yang sebangsa dan seagama dengannya. Apakah ini sikap dan teladan daripada seorang yang menganggap dirinya ulamak besar? Fikir-fikirkanlah wahai seluruh umat Islam dan bangsaku...

"JANGAN JADI MELAYU YANG MUDAH LUPA"

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

2 comments:

Ingatlah wahai anak-anak generasi muda remaja, bahawa kita boleh tahu sikap dan perangai seseorang itu melalui percakapannya dan tingkah lakunya. Percakapan Nik Aziz membayangkan akan sikapnya yang kemaruk kuasa dan kekurangmatangan politik bangsa dan negara. Sebagai seorang ulamak? Itupun sudah dapat dipertikaikan samada beliau bertaraf ulamak islam ataupun ulamak politik?


Terima kasih saudara bungaraya, benar apa yang saudara telah rungkaikan itu cuma istilah ulamak rasanya tidak layak dimiliki oleh Nik Aziz jika diamati tingkahlaku serta kata-katanya yang tidak mencerminkan sikap dan sifat ulamak yang sebenar sebagaimana diiktiraf oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW.


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers