ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Tak Hormati Parlimen - Nizar Serta 6 Pemimpin Pembangkang Diusir Keluar Dewan dan Digantung 2 Hari



AMPANG - Isnin, 15 Jun '09: Hari ini bermulalah sidang Dewan Rakyat musim baru setelah lama Parlimen ditangguhkan. Pagi tadi kita menyaksikan Ahli Parlimen baru Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai anggota baru Dewan Rakyat.

Apa yang mengecewakan kita apabila di akhir upacara mengangkat sumpah itu, beliau (Nizar) melaungkan 'hidup rakyat, bubar DUN' yang mana tidak relevan dan sepatutnya tidak dilakukan beliau di dalam upacara angkat sumpah sidang Dewan Rakyat pagi ini.

Insiden itu telah mencetuskan satu drama baru oleh pemimpin-pemimpin pembangkang apabila beliau (Nizar) dan enam lagi anggota Dewan Rakyat pembangkang menyambut laungan itu dan kemudiannya diusir keluar daripada dewan oleh Yang Dipertua Dewan (Speaker), Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Speaker Dewan Rakyat menganggap Nizar dan enam lagi Ahli Parlimen pembangkang sebagai 'berkelakuan kasar' dan sengaja tidak menghormati kemuliaan Dewan Rakyat. Di samping itu mereka juga 'melanggar etika berpakaian' dengan mengenakan lilitan kain hitam di kepala dengan slogan bertulisan putih 'bubarkan DUN'.

Tujuh pemimpin pembangkang itu turut digantung dua hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat. Selain daripada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, mereka ialah Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Nizar dilihat tidak habis-habis cuba menarik perhatian ramai dan gemar mencetuskan drama-drama baru yang boleh disifatkan sebagai mencari publisiti murahan bagi meraih populariti tanpa mengira tempat dan waktu yang sesuai.

Insiden yang dipaparkan beliau itu menggambarkan sikap ketidakpuasan hati beliau yang masih bertakhta di hatinya dengan keputusan muktamad oleh Mahkamah Rayuan yang telah memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 22 Mei lalu.

Bekas Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat itu sepatutnya akur dan menghormati keputusan mahkamah dan tidak seharusnya memperbesar-besarkan lagi isu tersebut yang sudah pun mencapai jalan penyelesaian berlandaskan undang-undang dan perlembagaan.

Ini kerana beliau sendiri yang mahukan isu perebutan hak jawatan Menteri Besar itu diselesaikan oleh pihak mahkamah dan sekarang pihak mahkamah sudah pun menyelesaikan isu berkenaan.

Soal pembubaran DUN Perak adalah hak kepimpinan Barisan Nasional yang sekarang menerajui kerajaan negeri Perak atas perkenan Sultan Perak (sekiranya mahu diusulkan). Jika ia tidak diusulkan oleh kepimpinan Barisan Nasional Perak bermakna Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai apa-apa hak untuk tujuan itu. Hormatilah hak masing-masing dan jangan campur tangan dalam pentadbiran pihak lain.

Ulamak-ulamak PAS wajar mentarbiyah Nizar supaya menerima hakikat dan redha dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Sikap pemimpin PAS yang tidak redha dengan keadaan hanya mencerminkan kerendahan kredibiliti mereka sendiri pada dasarnya kerana sebagai golongan yang memperjuangkan Islam mereka harus menerima ketetapan qada' dan qadar Allah SWT.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Berita berkaitan isu di sini.

3 comments:

Rasa akulah. Nizar ni dah kena sakit jiwa. Kalau perceraian dalam perkahwinan, dikatakan "Gila Talak", bagaimana jika perceraian dengan pangkat dan kuasa serta kedudukan? Ada bijakpandai penyakit jiwa tak, yang anda tahu? Jika ada, tolonglah minta doktor jiwa tersebut mengubati penyakit si Nizar itu. Jika lambat saya takut beliau kena masuk hospital jiwa rambutan.


Beginilah sikap mereka yang dari dulu asyik MEMBANGKANG. Bila ditetapkan peraturan, sengaja dilanggar. Bila diambil tindakan, melenting.. Ini sikap apa? Sikap PAKATAN RAKYAT. Mencari masalah dan kemudian apabila pihak2 tertentu ambil tindakan, dikatakan kerajaan zalim.. Segala perkara tidak kena.. Agaknya mereka mahu dari sekecil-kecil jawatan sampai sebesar-besar jawatan orang2 dia yang pegang, baru puas. Dan undang2 HUTAN jadi pegangan. Akhirnya, negara musnah.. INILAH PEMIMPIN YANG DIPILIH RAKYAT YANG MASIH KURANG BIJAK MENILAI ATAU MUNGKIN BERPERANGAI SAMA DENGAN MEREKA- HANYA MAHUKAN KEMEWAHAN DAN KESENANGAN TANPA USAHA.


Bungaraya, ada kemungkinan dgn apa yg saudara katakan itu kerana keperilakuan beliau yg tidak terbendung dan di luar kawalan selepas satu demi satu episod dicetuskannya bagaikan seseorang yg sudah hilang pertimbangan waras. Tiada langsung sifat malu dan tidak tahu menghormati org lain.

Icemanz, itulah tingkahlaku pemimpin2 pembangkang yg senantiasa tidak pernah berpuas hati dgn apa sahaja. Sikap gila kuasa berlebihan setelah memperolehi sedikit kuasa nyata disalahgunakan demi kepentingan politik cetek mereka tanpa menghormati etika dan peraturan dewan. Malah undang2 dan perlembagaan sedia dicabar. Apabila dilabelkan kepimpinan mereka menggunapakai 'undang2 rimba' mereka menafikan serta mudah melenting sdgkan hakikatnya tidak lari drp apa yg telah dilabelkan itu.

Tindakan DS Nizar dan 6 lagi pemimpin pembangkang itu amat memalukan kita dan cukup mengecewakan tetapi kepada mereka ianya tidak sedikit pun menjadi kudis malah berbangga dgn gelagat tersebut yg cuba beraksi bagaikan 'pendekar tidak bertauliah'. Apakah demi kuasa mereka sanggup 'bermuka tembok'?

Wallahu'alam!


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers