ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Isu Kerajaan Perpaduan - Nasharudin Mangsa Baru Nik Aziz



AMPANG - Rabu, 17 Jun '09: Selepas membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung (baru) PAS, Datuk Mustafa Ali, kini Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pula menjadi mangsa bidasan keras Muryidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz kelihatan tidak dapat membendung lagi sifat ammarahnya apabila beliau secara terbuka menggesa Nasharudin agar keluar meninggalkan PAS dan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok di samping memberi laluan kepada pemimpin lain mengisi jawatan Timbalan Presiden PAS jika menginginkan sangat kerajaan perpaduan.

Kata Mursyidul Am PAS itu "isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran idea peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat".

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk UMNO sahaja, letak jawatan Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan".

Begitulah kenyataan paling keras oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu.

Nik Aziz membuat kenyataan ini selepas mendengar ulasan yang dibuat Nasharudin dan kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Sebelum ini tokoh ulama PAS itu menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea (kerajaan perpaduan) tersebut sebagai "boneka UMNO" dan menjadi alat kepada kepimpinan UMNO.

Jelas Nik Aziz begitu tegar mempertahankan prinsipnya untuk tidak akan berkompromi dengan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional dalam isu mewujudkan kerajaan perpaduan.

Secara langsung kita dapat menilai bahawa beliau menolak perpaduan Melayu dan Islam daripada diperteguhkan di bumi sendiri malah lebih merelakan DAP dan PKR memperalatkan PAS sebagai "kuda tunggangan" mereka.

Sebagai pemimpin veteran dan tokoh ulama PAS, Nik Aziz sepatutnya lebih memahami maksud perpaduan yang cuba disuarakan oleh Presiden PAS sendiri demi manfaat dan kebaikan kepada orang-orang Melayu khususnya agama Islam.

Beliau tidak wajar menolak cadangan tersebut tanpa diberi peluang untuk dibincangkan terlebih dahulu sedangkan UMNO dan BN sudah memberi kepercayaan kepada cadangan Haji Hadi itu sebagai satu keikhlasan.

Sikap yang ditunjukkan oleh Nik Aziz seolah-olah menaruh sesuatu dendam lama yang mungkin masih tersirat dan tidak dapat dimaafkannya. Selaku ulama yang memahami Islam, beliau seharusnya lebih matang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan atau bertindak.

Dendam wajib disucikan daripada jiwa seorang ulama kerana ulama lebih memahami Islam dan Islam pula tidak pernah mengajar umatnya menyimpan sifat dendam apatah lagi ke arah tujuan-tujuan kebaikan seperti yang dimaksudkan dengan cadangan kerajaan perpaduan.

Tingkahlaku Nik Aziz agak mengejutkan dan mendukacitakan ramai umat Islam di negara ini. Jika beginilah perilaku dan pandangan senteng beliau, saya menganggap Nik Aziz seorang ulama yang masih tidak cukup ilmu pengetahuan mengenai Islam kerana beliau tidak bersedia memaafkan kesalahan lama (jika ada) di samping cetek wawasan.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers