ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Rakyat Perlu Menilai Sendiri Keganasan Yang Dicetuskan Pembangkang


Lihat Sendiri Rakaman Keganasan Pembangkang


IPOH 14 Mei - Orang awam perlu melihat sendiri rakaman penuh perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berlangsung pada 7 Mei lalu supaya mereka dapat menyaksikan 'keganasan' wakil pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, pihaknya percaya, dengan berbuat demikian orang ramai akan lebih memahami perangai sebenar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang khususnya daripada DAP.

Katanya, sebahagian rakaman video berkenaan boleh dilihat di laman web selamatkanperak.blogspot.com manakala rakaman penuh akan dibawa ke setiap destinasi penerangan bagi tatapan umum.

''Saya sendiri setelah menonton rakaman tersebut secara ringkas, sudah faham bagaimana ganasnya ADUN pembangkang. Perkara inilah yang akan saya jelaskan kepada rakyat. Kita kena tahu siapakah mereka ini yang sebenarnya".

''Perkara ini penting demi rakyat dan mereka mesti tahu perkara sebenar. Kita juga mesti jelaskan bahawa Barisan Nasional (BN) adalah pihak yang mempunyai suara majoriti dan kita berhak memerintah negeri Perak," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas bertemu 250 jentera penerangan UMNO Perak di sini malam tadi.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kerajaan negeri juga akan memberi penerangan kepada rakyat kerana pembangkang sedang memanipulasi apa yang berlaku di dalam DUN untuk terus mengelirukan orang ramai.

Kata beliau, jentera penerangan akan menyiarkan rakaman keseluruhan persidangan itu melalui video yang belum diedit selama tujuh jam supaya semua pihak dapat menilai sikap biadab pembangkang.

''Ramai yang terkejut setelah melihat rakaman ini dan apa yang disiarkan dalam laman web itu juga mendapat sambutan ramai apabila ia mencatatkan 8,000 hit selepas tiga jam disiarkan kelmarin," katanya.

Dalam pada itu, Zambry menegaskan, pendekatan turun semula kepada rakyat perlu dipergiatkan lagi oleh BN supaya rakyat benar-benar faham tentang usaha kerajaan membawa kestabilan politik dan kemajuan ekonomi.

Katanya, dua perkara penting itu perlu ditekankan kepada rakyat kerana tanpa kedua-dua elemen tersebut negeri Perak tidak akan bergerak ke hadapan untuk mencapai ke arah lebih maju dan sejahtera.

-- Utusan Online - Pautan asal di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers