ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

PAS dan PKR Hadapi Kemelut Perpecahan


AMPANG - Rabu, 29 April '09: Kerusi DUN Penanti semakin panas. Kepimpinan PAS kawasan dan negeri tidak sehaluan pendapat dengan pendirian PAS pusat. PAS kawasan Permatang Pauh bertegas untuk meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Penanti tetapi PAS pusat menyokong calon PKR, Dr Mansor Othman yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.


PAS dikatakan menganggap kerusi tersebut sebagai kubu kuat parti itu walaupun pada pilihan raya umum lalu ia ditandingi oleh wakil PKR. Difahamkan PAS Permatang Pauh mengambil langkah mahu "memulau" pilihan raya kecil Penanti ekoran rasa tidak puas hati PKR bertanding.

Pemimpin-pemimpin PAS negeri itu mahu PKR memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Penanti bulan depan. Ketua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan memberitahu, parti tersebut mahu bertanding di kerusi tersebut kerana pengundi di bahagian itu sudah tiada keyakinan terhadap PKR.

"Penyokong akar umbi mahu perubahan. Kami akan menunggu dan lihat sama ada permintaan kami akan dipenuhi," kata beliau kepada The Star ketika dihubungi.

PAS Permatang Pauh memutuskan demikian pada mesyuarat malam tadi.

Berita selanjutnya di sini.

Sungguhpun pada mulanya Perdana Menteri berkata Barisan Nasional (BN) mungkin mempertimbangkan untuk tidak menyertai pilihan raya kecil itu tetapi jika peluang ini diambil oleh BN untuk meletakkan calonnya di DUN Penanti, ada kemungkinan ia memberi kelebihan kepada BN untuk merampas semula kerusi tersebut ekoran ketegangan yang berlaku di pihak Pakatan Rakyat.

Tapi setakat ini Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi BN masih belum membuat apa-apa keputusan muktamad mengenainya. Beliau hanya akan mengumumkan keputusan samada bertanding atau tidak setelah Biro Politik UMNO bermesyuarat nanti.

Walau bagaimanapun kepimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh amat berharap agar pucuk pimpinan parti membuat pertimbangan meletakkan calonnya mewakili BN pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Berita berkaitan isu di sini.

2 comments:

agak2 apa keputusan ds najib


Jika sekalipun di sudut hati kecil DS Najib tidak mahu meletakkan calon BN bertanding di DUN Penanti tetapi demi parti saya yakin beliau akan mempertimbangkan pandangan ramai. Apa saja keputusan yang bakal dibuat haruslah diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak.


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers