ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Kerana Babi Pembangkang Bersatu, Kerana Babi Juga Mereka Bergaduh



AMPANG - Jumaat, 3 Julai '09:
Menyingkap kemenangan besar parti-parti pembangkang dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, PAS, PKR dan DAP mula bergabung membentuk sebuah pakatan pembangkang dan menguasai beberapa negeri di Semenanjung. Mereka menamakannya sebagai Pakatan Rakyat.


Walaupun Pakatan Rakyat bukan sebuah pertubuhan berdaftar namun mereka terus bersatu dan bergabung atas nama tersebut sehingga hari ini. Keakraban ketiga-tiga parti pembangkang itu terserlah lagi apabila kerajaan Selangor di bawah kepimpinan pembangkang mengusulkan projek mega ternakan babi.

Isu projek mega ternakan babi yang dicetuskan oleh kerajaan Selangor di bawah pakatan pembangkang itu disambut baik oleh kesemua pemimpin Islam dalam pakatan pembangkang termasuklah ulamak-ulamak PAS.

Apabila UMNO membantah projek berkenaan mereka saling sepakat membela dan mempertahankan projek mega ternakan babi tersebut sehingga terkeluarlah segala nas-nas bagi menghalalkan perusahaan babi itu oleh mulut-mulut pemimpin PAS khususnya daripada ulamak-ulamak mereka.

Hari ini, DAP Kedah secara terbuka menyatakan dengan tegas bahawa mereka mahu keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran rasa tidak puas hati mereka kerana kerajaan negeri pimpinan PAS telah merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di negeri itu yang terletak di Kampung Berjaya, Alor Setar.

Menurut laporan Bernama semalam, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (PKR), YB Zulkifli Noordin mengulas dan menyatakan rasa setuju dengan tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang merobohkan pusat penyembelihan babi itu dan menempelak kepimpinan DAP.

Katanya, "apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri itu betul dan pengusaha penternakan babi itu telah diberikan tempoh sebulan untuk berpindah ke tempat lain namun selepas sebulan tidak juga berpindah, maka MBAS robohlah".

Zulkifli juga berkata isu membabitkan pusat penyembelihan babi adalah isu lama yang telah berlarutan dan menurutnya kerajaan negeri juga sudah memberi notis namun tidak diendahkan oleh pengusaha terbabit.

Tambah Zulkifli lagi, "nasihat saya pada DAP supaya lebih berhati-hati kerana tindakan mereka itu seperti membelakangkan Pakatan Rakyat". Ini dilihat beliau sebagai satu tindakan yang cuba mengongkong pakatan pembangkang dan seolah-olah DAP tidak menghormati parti-parti lain yang berada di dalam pakatan pembangkang.

Ketegangan di antara DAP, PKR dan PAS di dalam Pakatan Rakyat sudah tidak mampu disorokkan lagi. Segalanya berpunca akibat daripada babi. Begitulah hebatnya Allah SWT menurunkan musibah kepada pejuang-pejuang perusahaan babi yang akhirnya menjurus kepada kekalutan dan percakaran di kalangan mereka sesama sendiri.

Bukan hanya sekadar penyakit merbahaya JE atau A-H1N1 sahaja malah penyakit "tegang urat leher" juga Allah SWT turunkan buat hamba-hambaNya yang amat degil serta ingkar akan perintahNya.

Itulah bahana yang tempias daripada haiwan bernama babi. Manusia dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit sehingga turut mengalami "sindrom pergaduhan tegar" sesama sendiri. Masya'Allah hebat sungguh kuasa yang maha esa!

Turut menghairankan saya apabila pertama kalinya saya mendengar penggunaan istilah "sembelih" ke atas babi oleh orang-orang bukan Islam. Terlintas di benak fikiran saya, sejak bila pula kaum bukan Islam mula pandai menyembelih haiwan sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Islam? Babi pulak tu...!

Apakah setelah ulamak-ulamak PAS menghalalkan perusahaannya? Pelik tetapi benar! Macam-macam hal dicetuskan oleh pembangkang.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Berita berkaitan isu di sini.

1 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers