ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Manek Urai - Calon PAS Yakin Tak Perlu Kerja Kuat Boleh Menang


AMPANG - Jumaat, 10 Julai '09:
Saya setuju dengan kata-kata calon PAS, Mohd Fauzi yang bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kelantan bahawa jentera PAS tidak perlu bekerja keras dalam kempennya. Sentimen taksub pengundi terhadap PAS menjadi sandaran penilaian beliau. Di bawah ialah petikan kenyataan beliau...


Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah berkata beliau tidak perlu bekerja keras seperti dilakukan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat untuk menawan hati pengundi kerana berpendapat tidak banyak isu yang perlu diterangkan kepada rakyat di Manek Urai.

"Saya tidak perlu bekerja keras tetapi hanya perlu berdamping dengan pengundi. Tidak banyak isu yang perlu untuk saya jelaskan kepada pengundi," kata Mohd. Fauzi.

Mohd. Fauzi mendakwa pengundi di Manek Urai sememangnya tidak memerlukan wakil rakyat berpelajaran tinggi seperti beliau tetapi yang penting ialah memastikan harapan rakyat dibela dan diberi perhatian tinggi.

Walaupun tidak berpendidikan tinggi tetapi beliau begitu yakin pengundi-pengundi di Manek Urai pasti akan memilih beliau pada 14 Julai nanti.

Seperti yang kita maklum, Kelantan sudah hampir 20 tahun berada di bawah kepimpinan PAS yang ditadbir oleh Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Biar pun tiada sebarang kemajuan dan pembangunan namun rakyatnya masih menaruh harapan tinggi kepada PAS hanya kerana nak masuk syurga.

Itulah amanat yang sering ditanamkan kepada rakyat oleh kepimpinan PAS. Bunyinya macam bodoh tetapi itulah hakikatnya. Mereka tidak memahami Islam tetapi mereka memperjuangkan Islam. Islam tidaklah susah untuk difahami tetapi mereka yang menyusahkan akal fikiran mereka sendiri. Mereka yang mengelirukan kefahaman mereka.

Boleh dikatakan majoriti generasi tua di Kelantan terlalu fanatik dan taksub kepada lambang bulan dan warna hijau. Golongan muda pula sedang hanyut dilambung angan-angan Datuk Seri Anwar Ibrahim nak menjadi Perdana Menteri.

Generasi muda pula mahukan kebebasan luar batasan apabila mampu mengangkat Ketua Umum PKR itu kerana mereka yakin apabila Datuk Seri Anwar naik maka satu rang undang-undang kebebasan luar biasa pasti akan digubalkan sebagai membalas budi atas sokongan golongan muda.

Orang-orang tua di Kelantan risau kepada pembangunan dan kemodenan kerana takut anak cucu mereka terjebak dengan perkara-perkara maksiat dan jenayah. Tapi malangnya mereka terlepas pandang anak cucu mereka lari keluar dari Kelantan mencari kerja dan hidup bebas di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur serta bandar-bandar lain di utara dan selatan, juga ramai yang sudah terjebak dalam kegiatan maksiat, judi, jenayah lain dan sebagainya.

Janji-janji BN yang menjadikan Manek Urai bukan sekadar anak angkat malah anak emas saya fikir hanya sia-sia sahaja kerana pengundi di Manek Urai tetap akan menolak pembangunan dan kemajuan. Mereka sudah lali dan selesa hidup dalam suasana yang mundur. Mereka memang tidak mahukan sebarang kemajuan.

Mengikut ramalan saya secara peribadi, pilihan raya kecil DUN Manek Urai tetap akan memihak kepada PAS sebagai penyandang kerusi DUN berkenaan. Sukar bagi BN untuk menawan kembali kerusi tersebut. Jika BN berjaya di Manek Urai bermakna satu kejutan baru ke arah transformasi yang lebih berjaya.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Berita berkaitan isu di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers