ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

PKR Cuak Walaupun BN Tidak Bertanding - Rasuah Jadi Hitungan



AMPANG - Isnin, 25 Mei '09:
Walaupun BN tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini namun PKR seakan-akan cuak menghadapi 3 calon Bebas apabila dua wakil parti PKR telah menemui salah seorang calon Bebas, Aminah Abdullah bagi menawarkan rasuah berbentuk wang serta jawatan.


Menurut Aminah yang mendedahkan bukti itu kepada media hari ini mendakwa PKR menawarkan jawatan TKM1 sekiranya beliau menyertai semula parti itu sekiranya memenangi pilihan raya kecil DUN Penanti itu 31 Mei ini.

Memetik dakwaan calon Bebas, Aminah Abdullah;

"Jika saya menarik diri daripada bertanding pula, mereka menawarkan untuk menggantikan wang deposit saya dan memberi wang sebanyak RM80,000 serta ditawarkan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau Seberang Perai," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata rakaman selama kira-kira tiga jam itu dirakam di rumahnya di Jelutong, Pulau Pinang pada 13 Mei lepas.

"Pada 13 Mei lepas saya didatangi oleh dua wakil PKR, seorang ialah pegawai khas kepada exco negeri dan seorang lagi ahli majlis pimpinan tertinggi PKR untuk membincangkan beberapa tawaran jawatan dan ganti rugi," katanya.

Calon Bebas itu akan mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok dan menyerahkan kepada suruhanjaya itu membuat laporan berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau juga akan membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi memastikan keselamatan diri beliau terjamin.

Aminah, 57, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang, adalah salah seorang daripada tiga calon Bebas yang akan bertanding dan satu-satunya calon wanita. Aminah meninggalkan PKR pada Julai 2007 setelah merasa hilang keyakinan terhadap parti itu yang sudah jauh terpesong daripada landasan asal perjuangannya.

Bercakap soal isu rasuah bermakna bukanlah UMNO dan BN sahaja yang terjebak malah semua parti politik yang ada masing-masing turut mengamalkan rasuah demi kuasa dan jawatan. Baru-baru ini kita juga mendengar pendedahan rasuah di dalam PAS menjelang muktamar agung parti itu pada Jun nanti. Walau bagaimanapun ianya telah dinafikan oleh beberapa pemimpin tertinggi PAS kepada media.

Bagi menjernihkan semula nama baik parti itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini cuba bersikap telus dengan menyarankan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap pendedahan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi baru-baru ini.

Menjelang pilihan raya kecil DUN Penanti ini, PKR pula dilaporkan cuba merasuah calon Bebas bagi memastikan samada calonnya menang mudah atau menawarkan jawatan kepada calon Bebas wanita itu jika memenangi pilihan raya kecil berkenaan.

Apakah kerana kepimpinan PKR masih kurang yakin calon pilihannya, Dr. Mansor Othman mampu menang dengan mudah dalam pertandingan empat penjuru di Penanti? Atau mungkin di saat-saat akhir ini kepimpinan PKR baru mengkaji calon pilihan yang diletakkan itu mempunyai rekod 'kekalahan hatrik' dalam tiga pilihanraya berturut-turut sebelum ini seperti yang disiarkan oleh blogger Pemuda Pelapis pada 24 Mei semalam.

Bertepatan usaha pembaharuan yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak maka ada baiknya SPRM membuat siasatan segera terhadap dakwaan ini supaya gejala rasuah dapat diperangi dan diatasi dengan setelus-telusnya tanpa ada pengecualian samada di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Berita berkaitan isu di sini.

2 comments:

Mereka kata parti biru banyak rasuah dan bagainya .. kali ini mereka telah menelan air ludah sendiri ... kata mereka lagi mmg benar telah berjumpa dengan Aminah tetapi tidak mewakili PKR.. apakah itu munasabah encik aspirasi?


Media Siber...

Terima kasih atas komentar anda. Panggil saja saya dgn nama singkat BHM. Dalam perkara ini pandangan saya terhadap pemimpin2 pembangkang umpama bidalan yang mengatakan:

1. Baling batu sorok tangan

2. Sekilas kilauan ikan di air, sudah tahu jantan atau betina

Menuduh orang lain memang mudah tapi bila terkena batang hidung sendiri mula mereka terngadah. Alasan tidak mewakili parti PKR sama sekali tidak logik kerana apa tujuan sogokan yang ditawarkan berkait jawatan TKM 1?

Kita juga jgn mudah terpedaya dgn helah atau alasan DS Anwar Ibrahim kerana ketua pembangkang itu sendiri ialah RAJA RASUAH ketika berada dalam kerajaan khususnya semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Semua org tahu dan jgn kita buat2 tak tahu. Melayu jangan jadi mudah lupa.


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers