ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Dua Individu Yang Didakwa Aminah Tampil Memberi Keterangan



AMPANG - Rabu, 27 Mei '09: Dua individu yang sedang duduk makan di dalam gambar di atas adalah mereka yang didakwa oleh calon Bebas pilihan raya kecil Penanti, Aminah Abdullah yang datang ke rumahnya di Jelutong pada 13 Mei lalu. Mereka ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam.

Gambar berkenaan telah dirakamkan oleh anak kedua Aminah, Herfinie Mohd Rofi sewaktu Cheah dan Peter sedang makan tanpa disedari. Di dalam gambar itu juga kelihatan suami Aminah, Mohd Rofi Osman yang membantu Aminah menghidangkan makanan kepada tetamunya.

Inilah dua orang kuat parti PKR yang cuba menyogok Aminah sepertimana yang didedahkannya baru-baru ini. Mereka datang ke rumah Aminah untuk makan tengahari dan kemudiannya membawa usul tersebut sebagai tawaran kepada calon Bebas itu. Kata bidalan perbuatan ini umpama "menyelam sambil minum air".

Semalam Cheah Ka Peng dan Peter Lim Eng Nam mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara seperti yang didedahkan oleh Aminah.

Pengakuan itu dibuat selepas Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualannya bersama mereka yang cuba menawarkan ganjaran termasuk wang sebanyak RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Kedua-dua mereka telah dipanggil oleh SPRM dan sudah pun tampil memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Seberang Perai semalam. Cheah datang bersendirian tanpa Peter yang mungkin hadir pada waktu berlainan. Cheah telah memberi kerjasama kepada SPRM selama dua jam bagi membantu siasatan.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers