ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai Pada 14 Julai


AMPANG - Khamis, 28 Mei '09:
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini telah mengumumkan tarikh pilihan raya kecil DUN Manik Urai, Kelantan akan berlangsung pada 14 Julai 2009 ini.


Sementara tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 6 Julai 2009. DUN Manik Urai kosong setelah penyandangnya Allahyarham Ismail Yaacob meninggal dunia pada 22 Mei lepas akibat sakit jantung dan penyakit kencing manis.

Pilihan raya kecil DUN Manik Urai akan disertai oleh calon BN kerana kekosongan itu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh perlembagaan kerana berlakunya kematian dan bukan atas dasar peletakan jawatan dengan sengaja sepertimana yang berlaku di DUN Penanti.

Sehingga kini semua parti-parti politik yang akan bertanding di DUN Manik Urai masih belum memutuskan siapakah calon-calon mereka. Walau bagaimanapun ada pihak yang mengatakan BN telah pun mengenalpasti siapakah calonnya yang layak diletakkan untuk menyahut cabaran dalam pilihan raya kecil tersebut.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

2 comments:

hah! siapakah yang akan memenangi kerusi tersebut? :)


Media Siber...

Pada hemat saya walaupun DUN N41 - Manik Urai telah beberapa penggal menjadi kubu kuat PAS tidak mustahil UMNO-BN mampu menawan kembali kerusi berkenaan memandangkan jurang majoriti sebanyak 1,352 yg diperolehi PAS pada pilihan raya umum 2008 lalu bukanlah majoriti yg besar.

Di samping itu saya juga mengambilkira suasana pasang surut kemelut politik semasa di mana rakyat sudah mula bosan dgn rentak permainan kotor pakatan PAS, PKR dan DAP. Keinsafan terhadap kemelut di Perak akan menjadikan rakyat lebih cerdik untuk membuat penilaian terkini sungguhpun mereka sering berkata sokongan rakyat lebih berpihak kpd pakatan mereka.

Jika ditakdirkan UMNO-BN tewas juga bermakna pengundi di DUN Manik Urai masih suka pada kemunduran. Muktamadnya kita tunggulah sehingga 14 Julai nanti.


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers