AMPANG - Rabu, 13 Mei '09: Hari ini genap 40 tahun peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 lalu. Generasi muda (khususnya) wajar mengimbau sejarah silam yang pahit itu untuk dikenang dan dijadikan sebagai sempadan agar peristiwa sedemikian tidak kembali berulang.
Provokasi, fitnah dan propaganda melampau tidak harus dijadikan sebagai landasan berpolitik kerana ia hanya akan memecahbelahkan perpaduan kaum yang majmuk di negara kita. Sikap terlalu perkauman (racist) juga tidak perlu ada di kalangan pemimpin semua parti jika negara mahu terus kekal aman dan makmur selamanya. Meniupkan api perkauman akan merugikan kita semua dan meletakkan negara dalam keadaan huru hara.
Sikap saling bertolak ansur oleh kepimpinan semua parti politik harus diutamakan demi kepentingan rakyat dan negara. Hak dan kepentingan semua kaum yang ada tidak wajar dipertikaikan kerana ia akan mewujudkan kekeruhan suasana dan boleh menjurus kepada ketegangan dan perbalahan.
Semua kaum harus menghormati perlembagaan. Kontrak Sosial yang sudah dipersetujui bersama sejak dahulu lagi adalah satu garis sempadan yang wajib dipatuhi oleh semua kaum demi keharmonian dan perpaduan.
Mengambil contoh apa yang berlaku di Perak sangatlah mendukacitakan kita khususnya kepada rakyat negeri Perak kerana terpaksa berhadapan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan sejak pilihan raya umum 2008 sehingga sekarang gara-gara perebutan kuasa oleh pemimpin-pemimpin.
Keadaan yang tidak menentu ini sebenarnya merugikan rakyat dan negeri Perak. Pentadbiran kerajaan negeri tidak dapat diurustadbir dengan lancar dan berkesan. Usaha-usaha pembangunan dan ekonomi untuk memajukan negeri dan rakyat menjadi terbantut selagi konflik semasa belum berakhir.
Kita minta dijauhi ketegangan yang melampau sehingga boleh mencetuskan rusuhan atau sehingga boleh membawa kepada pertumpahan darah. Saya mengingatkan perkara ini kepada semua pihak termasuk diri saya sendiri kerana apa yang dilihat, keadaan di negeri Perak ibarat satu perebutan kuasa di antara dua kumpulan etnik utama.
Pakatan Rakyat Perak dianggotai oleh 21 ADUN bukan Melayu dan bukan Islam manakala 7 ADUN Melayu beragama Islam sahaja. Barisan Nasional dianggotai oleh 29 ADUN Melayu beragama Islam cuma 2 ADUN bukan Melayu.
Telahan ramai pemerhati politik membuat penilaian bahawa Pakatan Rakyat negeri Perak lebih dikuasai oleh bukan Melayu sejak awal sebenarnya tidaklah salah malah satu kebenaran yang sewajarnya diakui oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.
(Tanpa mengambilkira keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lepas) Pelantikan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak selama hampir 11 bulan semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak bukan atas dasar kuasa majoriti Melayu tetapi kerana kuota atau peruntukan jawatan ketua negeri (Menteri Besar) bagi negeri Perak adalah dikhaskan untuk pemimpin Melayu yang beragama Islam.
Perkara itu memang satu syarat yang sudah termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak. Jika tidak pastinya wakil DAP samada Ngeh Koo Ham atau Nga Kor Ming yang mungkin mengetuai pentadbiran negeri Perak.
Pengaruh DAP negeri Perak dilihat lebih menonjol walaupun Menteri Besar diwakili oleh pemimpin Melayu. Telahan ramai yang beranggapan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar umpama proksi kepada DAP mungkin tidak salah kerana banyak tindakan-tindakan yang dilakukan beliau berlandaskan arahan dari belakang oleh pemimpin-pemimpin DAP.
Datuk Seri Nizar diibaratkan sebagai jurucakap sahaja. Sungguhpun perkara ini dimaklumi semua tapi disebabkan kepentingan politik kepartian maka hal ini terpaksa dinafikan oleh mereka.
Ketika saya singgah berurusan di Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping sebulan dua yang lalu, saya sempat bersembang keadaan politik negeri Perak dan mendapat sedikit maklumbalas dan pandangan ramai termasuklah daripada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sendiri. Kami saling bertukar-tukar pandangan secara terbuka dan hal ini diakui oleh mereka dengan alasan yang sama.
Ini membuktikan satu kebenaran bahawa pengaruh politik negeri Perak lebih kepada DAP yang terdiri daripada majoriti pemimpin Cina dan segelintir sahaja pemimpin India. Tidak pula saya menganggap ia satu kesalahan pemimpin mana-mana pun cuma sekadar meluahkan rasa terkilan ekoran idealisma rakus yang diterapkan oleh kepimpinan bukan Melayu di Perak ini telah berjaya mempengaruhi golongan pemimpin Melayu yang dikenali dengan sikap tinggi budi bahasa dan kesopanan, kini ditanam dengan segala sifat kerakusan yang keterlaluan. Kerakusan ini umpama budaya komunisma.
Banyak kenyataan-kenyataan yang berbau hasutan kepada rakyat untuk mempengaruhi rakyat membenci kepimpinan Barisan Nasional. Tindakan-tindakan rakus dan keras dalam menangani beberapa isu semasa juga dilihat sebagai langkah yang tidak berlandaskan profesionalisma malah lebih bersifat emosional. Ini sepatutnya tidak harus berlaku.
Sebagai bangsa majoriti di Malaysia, golongan Melayu haruslah menjadi contoh terbaik bagi mengekalkan sikap dan sifat bersesuaian dengan tatasusila kemelayuan yang tinggi dengan nilai adat dan budayanya. Kerakusan sikap tidak wajar dijadikan sandaran dalam perjuangan politik pembangkang. Perkara ini harus difikirkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat dan perlu bertanggungjawab membawa semula generasi muda berdiri di atas landasan perjuangan yang lebih realistik.
Sekiranya langkah-langkah lebih drastik tidak diambil oleh pemimpin-pemimpin Melayu Pakatan Rakyat negeri Perak bermakna mereka bersekongkol untuk merelakan generasi muda Perak dipengaruhi budaya komunisma yang lebih kepada rakus, kasar dan suka mencetuskan rusuhan dalam berhadapan apa sahaja isu-isu semasa.
Atas budaya komunisma inilah mendorong generasi muda mula bersikap biadab dan tidak lagi menghormati Institusi Raja dan Mufti Negeri sepertimana yang pernah berlaku di Perak.
Jika ini terus berlaku ia merupakan satu perkembangan budaya politik yang tidak sihat yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat. Sebagai pemimpin kepada rakyat kita wajib bertanggungjawab dalam segenap hal dan perkara khususnya dalam usaha-usaha memupuk moraliti yang tinggi nilainya di kalangan generasi muda.
Persengketaan politik yang berpanjangan hanya merugikan kita semua. Sama-samalah kita saling muhasabah dan memikirkan satu jalan penyelesaian yang terbaik demi kebaikan untuk semua pihak. Pemimpin-pemimpin harus menunjukkan contoh dan teladan terbaik kepada pengikut-pengikut di bawahnya.
Semoga peristiwa berdarah 40 tahun lalu tidak berulang kembali.
ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

May 14, 2009 at 7:25 AM
Situasi di Perak terus tegang kerana BN terlalu bertolak-ansur tak mahu berkeras kerana memikirkan kepentingan rakyat dan raja. Sikap kurang ajar pakatan haram PR dah sampai tahap maksima yang mana perlu diberi pengajaran setimpal. Sidang DUN 7 Mei dah jelas mereka yang mulakan provokasi menyerang BN tapi BN pula difitnahnya. Bukan kita mencari perbalahan tapi jika selalu dicabar sampai bila kita perlu bersabar? Sabar pun ada had juga. Islam mengajar kita supaya bersabar pun setakat 3 kali sahaja. Masuk kali ke-4 dah jatuh wajib kita menyerang mereka semula.
Ibaratnya kalau berlaku pertumpahan darah pun memang berbaloi kerana nampak sangat mereka yang mengundang kita. Si Nizar bahlol memang otak kayu tak boleh nak fikir hasutan DAP lahanat yang melagakan Melayu dengan Melayu. Sebenarnya kalau nak tahu Melayu BN dah ramai bersedia menunggu DAP nak cetuskan apa lagi. Pesanan untuk Ngeh dan Nga tolong berhati-hati kalau tak mahu tersungkur menyembah bumi.
Terbaru si Anwar Peliwat cabar Najib agar bubarkan DUN Perak kononnya itu sahaja jalan penyelesaian kemelut politik Perak. Pesanan saya pada Anwar dan semua pemimpin pakatan haram PR boleh pergi mampus dengan mereka punya idea. BN majoriti 28+3 takkan sebodoh itu nak dengar idea bangang pemimpin pakatan haram PR. Rasa-rasa kalau mereka majoriti mahukah mereka membubarkan DUN? Minta tolong Nizar bangang dengan Anwar Al-Juburi jawab. Jangan cakap main ikut sedap kepala pungkok dia saja.
May 14, 2009 at 9:10 PM
Benar pakatan pembangkang negeri Perak yang dikuasai DAP sudah keterlaluan dengan amalan politik yang berlandaskan undang-undang rimba. Mereka sudah tidak ada perasaan hormat menghormati di dalam sidang dewan yang mulia sedangkan masih ada jalan perundingan yang lebih baik.
Mereka lebih mementingkan diri sendiri tanpa ada rasa hormat dan tidak mempedulikan Tuanku Raja Muda Perak yang menunggu selama setengah hari untuk merasmikan sidang DUN Perak pada 7 Mei '09.
Langkah tenang kepimpinan BN wajar dipuji kerana itulah sebenarnya sikap yang harus ada sebagai pemimpin kepada rakyat. Kita wajib menangani masalah dengan berhemah dan bijak umpama menarik rambut dalam tepung. Rakyat Perak harus membuka mata dengan insiden yang berlaku di sidang DUN Perak itu dan harus bijak menilai dengan akal bukan dengan emosi seperti pemimpin pembangkang.
Konklusinya jika BN mahu menggunakan kekerasan dengan kuasa majoriti yang dimilikinya, saya percaya bila-bila masa sahaja pertumpahan darah boleh berlaku tetapi BN tidaklah seburuk yang digambarkan pembangkang kepada rakyat. Selagi mampu mengelak kekerasan maka BN tidak akan menggunakan pendekatan berkeras.
Mengenai desakan pembangkang negeri Perak yang mahukan pembubaran DUN sebagai jalan penyelsaian itu hanya satu pandangan dan idea mereka tapi mereka tidak harus lupa siapakah kuasa majoriti? Adakah mereka akan membubarkan DUN Perak jika mereka menguasai majoriti?
Saya melihat desakan ini adalah kerana mereka terdesak untuk menang dan bukan atas dasar mencari kebenaran hakiki. Mereka mahu menguasai kerajaan negeri Perak dengan mengambil peluang sentimen sokongan semasa. Itulah sebenar-benarnya matlamat politik mereka.
Jika BN akur dengan desakan pembangkang itu bermakna BN sendiri menolak kuasa majoriti yang dimilikinya dan ini merugikan kita sendiri. Oleh itu saya menasihatkan YAB Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk tidak tunduk kepada desakan pembangkang yang mahu menangguk di air keruh.
Post a Comment
MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!
Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.
Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.
"BAHASA JIWA BANGSA"
Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.