ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Pemuda Perak Diarah Buat Penerangan Mengenai Kemelut Politik


IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Jentera Pemuda UMNO Perak di setiap bahagian diarah turun padang serta-merta bagi membuat penerangan mengenai proses perundangan yang sedang diambil dalam menyelesaikan kemelut politik di negeri ini, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.


Beliau berkata penerangan itu hendaklah sampai kepada generasi muda walau di mana mereka berada bagi memastikan mereka mendapat gambaran sebenar masalah tersebut serta penyelesaian yang sedang dan akan diambil.

"Keadaan politik di negeri ini masih tidak menentu dan tidak semua mereka (golongan belia) dan akar umbi mengetahui dan memahami kemelut yang melanda negeri ini".

"Kempen penerangan yang jelas hendaklah bermula sekarang supaya gambaran yang jelas diberikan kepada pengundi," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perjumpaan bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Bangunan UMNO di sini malam tadi.

Beliau berkata penyampaian maklumat yang tidak tepat dan tidak berkesan menyebabkan pengundi di peringkat akar umbi tidak memahami apa yang sedang berlaku.

"Keadaan ini menyebabkan mereka menerima bulat-bulat propaganda yang diuar-uarkan pembangkang," katanya.

-- BERNAMA - Pautan asal di sini.

1 comments:

Jentera Pemuda UMNO Perak yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri yang baru harus bekerja kuat turun padang menemui rakyat khususnya generasi muda (belia) bagi menyampaikan maklumat yang tepat dan padat supaya mereka lebih memahami apa sebenarnya yang berlaku.

Dengan menerapkan kefahaman sebenar mengenai perundangan dan perlembagaan dipercayai golongan belia yang masih mentah dengan perkembangan politik semasa akan mendapat gambaran yang lebih jelas dan pasti akan menolak segala dakyah jahat dan propaganda yang cuba disebarkan pihak pembangkang negeri Perak.

Generasi muda negeri Perak haruslah lebih bijak membuat penilaian terhadap apa yang sedang berlaku dengan kemelut politik yang melanda pentadbiran kerajaan negeri Perak dan jangan mudah diperdaya oleh pembangkang yang selama ini dikenali mahir menabur spekulasi liar, merekacipta tuduhan dan fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Kita harus menerima realiti pihak mana yang mempunyai kuasa majoriti di negeri Perak, maka pihak itulah mewakili kerajaan kepada rakyat negeri Perak. Penekanan mengenai keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei baru-baru ini juga harus dibuat penjelasan dan diberikan penekanan kepada golongan belia agar mereka lebih memahami. Kita wajar menceritakan keadaan sebenar dan bukan membuat spekulasi sepertimana yang diamalkan oleh pembangkang. Insya'Allah pendekatan ini akan mampu memberi kefahaman sebenar kepada golongan muda negeri Perak.


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers