ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Dr. Mansor Othman Berfikiran Lebih Terbuka Daripada Anwar Ibrahim



AMPANG - Rabu, 20 Mei '09: Calon PKR untuk pilihan raya kecil DUN Penanti, Dr. Mansor Othman yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang menyambut baik keputusan BN tidak meletakkan calonnya bertanding di Penanti.

Pandangan beliau lebih matang jika dibandingkan dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkara yang sama. Di bawah ini ialah petikan kenyataan media Dr. Mansor Othman.

Beliau berkata, keputusan itu juga bukanlah bermakna BN penakut sebaliknya ia adalah satu keputusan yang tentunya dibuat selepas difikirkan secara mendalam.

Menyentuh tentang pandangan para pengundi di DUN Penanti mengenai keputusan BN itu, beliau percaya rakyat boleh menerimanya dengan baik.

''Tidak timbul soal rakyat bantah keputusan BN tidak meletakkan calonnya".

''Saya menghormati keputusan BN dan sekarang tumpuan saya adalah untuk menghadapi pilihan raya kecil Penanti," katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR dan ketua pembangkang di Parlimen sepatutnya malu dengan orang bawahannya yang lebih bersifat terbuka menerima baik keputusan yang dibuat oleh parti lawannya.

Begitu juga sebelumnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Dalam kenyataan media, Lim Guan Eng berkata...

Ia pernah dilakukan oleh BN semasa pentadbiran Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak pada pilihan raya kecil Menglembu di Perak pada tahun 1975.

Bermakna langkah BN tidak menyertai pilihan raya kecil Penanti pada 31 Mei ini bukanlah kali pertama sepertimana yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim malah ianya pernah berlaku sebelum ini.

Sikap buruk yang ada pada ketua pembangkang (Anwar) yang suka mengkritik melulu tanpa menyingkap sejarah lampau adalah cerminan negatif terhadap keperibadiannya. Ia memberi gambaran tersendiri bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih ketinggalan tentang sejarah.

Lebih buruk lagi sikap beliau apabila membuat tohmahan kedua-dua calon Bebas yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti adalah tajaan UMNO dan BN. Ada di antara pemimpin pembangkang menganggap calon-calon Bebas sebagai calon 'halimunan' yang kononnya benar ditaja oleh UMNO dan BN.

Saya menyeru rakyat Penanti agar bijak-bijaklah menilai sendiri betapa kepimpinan Pakatan Rakyat mengamalkan politik sempit yang layak diistilah sebagai 'politik kebudak-budakan' yang masih tidak matang. Budak-budak ketika dalam proses pembesaran memang bersikap kasar dan suka mengganas.

Ini satu kebenaran yang berlaku dalam Pakatan Rakyat kerana pemimpin dan penyokongnya suka merusuh di jalanan dan baru-baru ini (7 Mei) di Perak, ADUN-ADUN mereka secara jelas telah mengganas di dalam sidang DUN Perak tanpa menghormati DYTM Raja Muda Perak yang lama menunggu untuk merasmikan sidang DUN. Tingkahlaku wakil-wakil rakyat pembangkang amat memalukan.

Kepada pengundi DUN Penanti sejumlah 5,127 orang yang telah mengundi BN pada pilihan raya umum 2008 lalu diharap sedia memahami keadaan sebenar dan tidak berkecil hati dengan keputusan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti. Berilah undi anda kepada mana-mana calon Bebas yang anda yakini.

UMNO dan BN menghargai segala jasa dan bakti pengundi-pengundi di Penanti yang menyokong BN tetapi langkah ini dibuat sebagai tanda protes kepada Pakatan Rakyat yang sengaja memperalatkan sistem demokrasi negara ini.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Berita berkaitan isu di sini dan di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers