ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Saya Tidak Dimaklumkan Calon DUN Penanti Jadi TKM, Kata Guan Eng



PULAU PINANG, 23 April (Bernama)
-- Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau tidak dimaklumkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) bakal diisi oleh calon PKR jika ia menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.


"Saya tidak dimaklumkan bahawa ADUN Penanti akan jadi Timbalan Ketua Menteri," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Lim berkata beliau belum menerima nama calon TKM1 daripada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Diminta mengulas mengenai permintaan PAS supaya calon parti itu bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti, Lim menyerahkan kepada kedua-dua parti itu untuk membuat keputusan.

"Disebabkan ia kerusi PKR sebelum ini, PAS akan berbincang dengan PKR untuk menentukan siapa yang akan bertanding. Akar umbi akan membincangkan perkara ini bagi mendapatkan kata sepakat sebelum keputusan muktamad diputuskan oleh Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Minggu lepas, Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan kerusi DUN Penanti itu dengan alasan mahu melanjutkan pelajaran. Beliau sebelum itu meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

-- BERNAMA - Pautan asal di sini.

1 comments:

He he...itu tampat lu olang punyea tempat. Lu olang mau gado2 lu olang punyea pasat, wa mau tengok dali atat komtar pakai telopong hikmat! Wa apa ata hat? Wa sulah manyak sujuk dapat luluk ini KM Penang maa....

Wa tangah lancang mao mikin ini Penang selupa itu Singh A Pork nombot 2


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers