ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Nik Aziz Bidas Hadi dan Mustafa Sebagai Boneka UMNO?



AMPANG - Khamis, 11 Jun '09:
Kerajaan perpaduan BN dan PAS cadangan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibidas keras oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Nik Aziz menganggap sesiapa sahaja di kalangan ahli-ahli PAS yang terus mempertahankan cadangan Presiden PAS mengenai kerajaan perpaduan sebagai 'boneka UMNO' dan beliau amat tidak bersetuju.

Beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin PAS dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti.

Menurut Nik Aziz "saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu dan keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. Yang sokong perpaduan ini boneka UMNO, terang dan jelas".

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka UMNO," katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, Khamis.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, ia sebenarnya adalah ilham UMNO.

Kepada soalan bahawa isu perpaduan ini ditimbulkan oleh Hadi sendiri, Nik Aziz berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

Tambah Nik Aziz lagi "Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Begitulah percanggahan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin PAS mengenai isu kerajaan perpaduan yang dibangkitkan semula oleh Presiden PAS selepas Muktamar Agung PAS selesai baru-baru ini.

Sementara itu Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan cadangan Presiden PAS mengenai kerajaan perpaduan perlu diperhalusi memandangkan ia melibatkan kepentingan negara secara total dan PAS wajar mempunyai pendirian tetap berhubung saranan tersebut.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Berita berkaitan isu di sini dan di sini.

3 comments:

Saya lihat PKR dan DAP sedikit menyusupkan doktrin mereka dalam PAS dan setengah penasihat professional yang liberal telah mengepong TGNA. Saya tidak nampak kekeruhan ini akan dapat dijernihkan dalam masa yang sengkat. Lazimnya TGNA tidak semudah mengeluarkan statment seperti kes Elizabeth dan tekanan Kelab Penyokong PAS. Sebahagian anggota KPP ini berasal dari Tawau, Sabah dan kami tahu bahawa MEREKA SEBENARNYA ORANG DAP yang ingin memusnahkan PAS untuk keuntungan DAP. Takbir dan jangan terperangkap.


Kalau "mereka" tu boneka umno.. PAS tu boneka DAP la ? Camtu?


Itulah masalahnya dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang ni. Mereka sesama sendiri tidak sehaluan tapi UMNO jugak yang dipersalahkan. Sikit2 kaitkan UMNO.

Bak kata sesetengah blogger:

Anak tak sekolah, UMNO yang salah...

Isteri sakit, UMNO yang salah...

Keluarga tak cukup makan, UMNO yang salah...

Mak dan Ayah meninggal dunia, UMNO yang salah...

Air dan Letrik kena potong, UMNO yang salah...

Sekarang Presiden PAS cadangkan kerajaan perpaduan, UMNO jugak yang salah kononnya itu ilham pemimpin UMNO. Astaghfirullah... kenapalah Tuhan jadikan fikiran TG Nik Aziz macam tu.

Tapi ada bagusnya nama UMNO disebut2 selalu, menjadikan UMNO lebih popular daripada parti2 politik lain...he..he..he..


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers