ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Pilihan Raya Kecil Penanti Saksikan Pertandingan Empat Penjuru



BUKIT MERTAJAM, 23 Mei (Bernama) -- Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga calon bebas.

Selepas satu jam tempoh bantahan, Pegawai Pengurus pilihan raya Roslan Yahaya mengumumkan hanya empat calon akan bertanding pada hari pengundian 31 Mei ini manakala pencalonan seorang lagi calon bebas ditolak.

Empat calon itu ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 59, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, Pengurus syarikat yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti di sini, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Ketika ditemui pemberita selepas pengumuman itu di pusat penamaan calon di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jalan Berapit di sini, beliau berkata kertas pencalonan ahli perniagaan Mohd Saberi Othman, 49, ditolak berikutan tidak menepati syarat ditetapkan.

Sebanyak enam bantahan diterima setelah tempoh bantahan ditutup pada kira-kira pukul 11 pagi ini. Bagaimanapun, tiada penjelasan mengenai bentuk bantahan.

Pilihan raya kecil ini diadakan selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan dengan alasan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah.

Kehangatan dan kemeriahan pilihan raya kecil kali ini kurang dirasakan memandangkan Barisan Nasional (BN) pada Isnin lepas mengumumkan tidak bertanding bagi merebut kerusi itu.

Bagi Mansor, pilihan raya kecil DUN Penanti ini merupakan pertandingan kali keempat beliau selepas menyertai tiga pilihan raya umum pada 1999, 2004 dan 2008.

Beliau pernah bertanding kerusi Parlimen Balik Pulau menentang calon Barisan Nasional Datuk Mohd Zain Omar pada pilihan raya umum 1999, DUN Seberang Jaya menentang Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) pada 2004 dan Mohd Farid Saad untuk kerusi DUN Pulau Betong pada 2008.

Bagaimanapun, bekas Profesor Madya dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang pernah menjadi setiausaha politik kepada bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tewas dalam kesemua percubaannya itu.

Selain Kamarul Ramizu, yang pernah bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, baru-baru ini, dua lagi calon bebas iaitu Aminah dan Nai-Khan Ari merupakan calon yang pertama kali bertanding pada pilihan raya di negara ini.

Aminah, yang aktif dengan kegiatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), membuat keputusan bertanding mencabar PKR setelah mendakwa perjuangan parti itu tersasar daripada landasan yang ditetapkan pada awal penubuhannya.

Nai-Khan Ari pula meletakkan semua jawatan dalam parti itu pada 19 Mei iaitu sehari selepas BN mengumumkan tidak bertanding pada pilihan raya itu untuk berkhidmat kepada masyarakat di kawasan Penanti secara bebas.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pengundi biasa dan 24 pengundi pos, yang mana 72.68 peratus darinya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

-- BERNAMA - Pautan asal di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers