ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Manoharan Kekal ADUN, Tidak Jadi Letak Jawatan


SUBANG JAYA, 9 Mei (Bernama)
-- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah M. Manoharan dari DAP yang dibebaskan hari ini dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memutuskan untuk tidak mengosongkan kerusi DUN kawasan itu.


Katanya, keputusan untuk kekal sebagai ADUN itu dibuat kerana mahu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di kawasannya yang terus menyokongnya.

"Saya akan memberi khidmat terbaik di kawasan saya dan memastikan mereka mendapat yang terbaik kerana selama ini mereka telah hilang 14 bulan perkhidmatan dan kehadiran saya di DUN Selangor," kata Manoharan ketika ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong, dekat sini.

Manoharan berkata sebelum ini beliau berhasrat meletakkan jawatan ADUN kerana rasa bersalah tidak dapat berkhidmat kepada penduduk yang diwakilinya.

Beliau berkata beliau ada menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 April lepas menyatakan hasrat itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti bagaimana perkara itu boleh bocor kepada umum.

Katanya sebelum ini beliau bercadang untuk mengumumkan hasratnya itu pada 19 Mei ini melalui Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Kepada soalan mengenai pembebasannya, beliau berkata, "Saya berterima kasih kepada kuasa rakyat".

Beliau juga berterima kasih kepada pengundi Kota Alam Shah yang bersabar menunggu 'kemunculannya'.

Manoharan adalah salah seorang daripada baki tiga pemimpin Hindraf yang dibebaskan hari ini.

Beliau memenangi DUN Kota Alam Shah, pada pilihan raya umum lepas dengan majoriti 7,184 undi mengalahkan Ching Su Chen calon BN-Gerakan yang mendapat 5,515 undi.

Manoharan ditahan di bawah ISA pada Dis 2007.

-- BERNAMA - Pautan asal di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers