ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

Tindakan Gantung Tugas Setiausaha DUN Perak Tidak Sah



IPOH, 18 April (Bernama) -- Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar menggantung tugas Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha DUN Perak seperti yang dilaporkan media hari ini adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan, kata Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

Beliau berkata jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Perak.

"Proses pelantikan dan pengisian jawatan itu memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selepas itu selaku SUK kerajaan negeri Perak dan bagi pihak kerajaan negeri, saya akan mengeluarkan surat rasmi pelantikan Setiausaha DUN Perak".

"Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak JPA mahupun kerajaan negeri atau saya tidak ada mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah," katanya di sini, Sabtu.

Sehubungan itu, Abdul Rahman berkata Abdullah kekal sebagai Setiausaha DUN Perak yang sah dan berkuasa mengikut bidang kerja dan tugas-tugas yang ditetapkan.

"Ini juga bermakna tindakan menggantung Abdullah sebagai mana yang dilaporkan media dibuat oleh Speaker V. Sivakumar adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan," katanya.

Beliau berkata mana-mana pihak selain daripada yang dinyatakan di atas (JPA, kerajaan negeri dan SUK) tidak mempunyai kuasa dan tidak berhak untuk mempersoal atau mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah selaku Setiausaha DUN tanpa kelulusan daripada pihak kerajaan negeri dan SUK negeri Perak.

"Begitu juga mana-mana pihak yang lain tidak berkuasa dan tidak berhak sama sekali mengambil sebarang tindakan yang lain seperti membuat pelantikan jawatan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Perak termasuk jawatan Setiausaha DUN Perak tanpa kelulusan daripada pihak kerajaan negeri Perak dan saya selaku SUK negeri Perak," kata Abdul Rahman.

Sivakumar hari ini mengambil tindakan menggantung tugas Abdullah sebagai Setiausaha DUN kerana mengeluarkan notis untuk DUN Perak bersidang pada 7 Mei ini tanpa pengetahuan dan persetujuan beliau (Sivakumar) terlebih dahulu yang dianggap sebagai satu tindakan ketidakpatuhan.

Dalam sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Darul Ridzuan di sini tengah hari tadi, Sivakumar turut mengumumkan pelantikan Mohd Misbahul Munir Masduki untuk menggantikan Abdullah sebagai Setiausaha DUN sehingga beliau (Sivakumar) mengeluarkan keputusan selanjutnya.

-- BERNAMA - Pautan asal di sini. Berita berkaitan isu di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers