ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

PKR Lawan PKR Ekoran MB Selangor Kekalkan Elizabeth



Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengekalkan Elizabeth Wong sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan mengundang rasa kecewa Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Noordin (PKR).


Tindakan ini juga membuktikan kepimpinan PKR Selangor sudah ketandusan pemimpin untuk diketengahkan mengganti Elizabeth yang dikaitkan dengan skandal lucah.

Secara tidak langsung kita dapat menilai dengan lebih jelas bahawa Tan Sri Khalid tidak berpendirian dan lebih-lebih lagi Elizabeth yang sudah pun menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Exco dan wakil rakyat DUN Bukit Lanjan sebelum beliau diarahkan bercuti.

Elizabeth sepatutnya tidak harus menerima pelawaan Menteri Besar Selangor itu. Sikap ADUN Bukit Lanjan ini mencerminkan beliau seorang pemimpin yang tidak mempunyai prinsip. Seseorang yang tiada prinsip dan rendah moralnya tidak layak menjadi pemimpin kepada rakyat.

Elizabeth tentu tahu risiko dan tekanan yang akan dihadapinya samada dari dalaman parti atau tekanan dari luar khususnya daripada Barisan Nasional. Ini kerana BN mengamalkan prinsip menghormati semangat kepartian yang kuat.

Ia sudah beberapa kali terbukti apabila beberapa pemimpin BN yang dikaitkan dengan kes-kes seumpama telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan sebagai wakil rakyat dengan sukarela tanpa perlu diarah oleh pucuk kepimpinan parti.

Tindakan Elizabeth menerima kembali jawatan yang sudah dilepaskan beliau itu menjelaskan diri beliau bukan seorang pemimpin yang baik untuk rakyat dan mengesahkan lagi beliau seorang pemimpin yang tidak mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi.

Keadaan yang berlaku ini tidak disenangi oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Noordin (PKR) walaupun pada awalnya Zulkifli di antara pemimpin terawal yang menyatakan simpati terhadap insiden penyebaran gambar bogel Elizabeth.

Memetik kenyataan Zulkifli, beliau menegaskan tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri Selangor itu mengekalkan kedudukan Elizabeth Wong sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Selain meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan pimpinan kerajaan negeri yang lain mengkaji semula keputusan tersebut, Zulkifli juga mengambil pendirian untuk memufaraqah atau memisahkan dirinya daripada keputusan tersebut.

Dalam kenyataan media, Zulkifli yang juga seorang peguam turut mempersoalkan alasan kerajaan negeri dalam memutuskan isu tersebut apabila menuding jari menyalahkan pihak polis yang didakwa melengahkan siasatan.

Kata beliau, semua pihak sedar dan tahu bahawa siasatan polis terpaksa dilengahkan kerana tiada kerjasama orang disyaki yang memilih untuk tidak membantu siasatan sehingga ke hari ini.

"Apa lagi bukti kukuh yang dikehendaki oleh Menteri Besar dan Exco Selangor apabila Elizabeth sendiri yang membuat keputusan meletakkan kedua-dua jawatan beliau,'' tegasnya.

Tambah Zulkifli, dalam hal ini soal simpati secara peribadi dan memaksa Elizabeth terus menjawat jawatan awam sebenarnya adalah dua isu yang berbeza. Baca kenyataan lanjut Zulkifli Noordin di sini.

Seseorang yang mahu menjadi pemimpin kepada rakyat haruslah dilihat bersih di kacamata rakyat tetapi Elizabeth sudah diketahui umum seorang individu yang memang mengamalkan kehidupan bebas sejak sekian lama sebelum menjadi ahli politik lagi.

Mengambil iktibar daripada kekalutan yang berlaku dalam pentadbiran PKR ini kepimpinan Barisan Nasional di bawah teraju yang baru haruslah sentiasa beringat untuk tidak melakukan kesalahan yang serupa.

Setiap keputusan wajar diteliti dan sebaik-baiknya pucuk pimpinan perlu mendapat pandangan ramai sebelum memutuskannya. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) boleh dijadikan landasan untuk melancarkan usaha transformasi mencapai objektifnya.

Selain itu kita juga harus memberi pujian kepada Zulkifli yang bertindak berani menegur kepimpinan PKR dan tidak menyokong membuta tuli sepertimana kebanyakan pemimpin-pemimpin lain dalam pakatan pembangkang.

Semoga aura transformasi yang sedang dilaksanakan Barisan Nasional akan turut mendatangkan bahang kepada parti-parti lain dalam pakatan pembangkang baik secara tidak langsung mahupun secara langsung demi kebaikan dan kepentingan rakyat.

Tegur menegur adalah satu tuntutan yang mulia.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers