ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

PKR Hanya Pandai Bersandiwara - Kata Rais Yatim



Bernama - Jumaat, 17 April 2009

Beliau yang juga Anggota Parlimen Jelebu berkata di tempat yang parti itu tidak yakin menang, misalnya di Selangor ekoran isu penyebaran gambar separuh bogel Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, PKR tidak pula berani menyahut proses demokrasi.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO di sini Jumaat, beliau berkata PKR yakin jika parti itu menerima surat peletakan jawatan Wong sebagai anggota Exco dan ADUN kawasan berkenaan, parti itu tidak boleh menang jika pilihanraya kecil diadakan.

Melalui kemenangan pada pilihanraya kecil, PKR boleh menggembleng tenaga dan memberi gambaran palsu kepada orang ramai bahawa parti itu diterima rakyat, kata Rais.

"Pilihan raya kecil dianggap pesta oleh PKR dan ini adalah musim PKR untuk bersandiwara," katanya.

Rais berkata PKR juga terlalu yakin untuk bertarung dalam pilihanraya kecil DUN Penanti setelah kerusi itu dikosongkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Ada saja peluang untuk menarik perhatian, mereka ambil peluang itu supaya pilihanraya kecil diadakan, katanya.

-- BERNAMA - Pautan asal di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers