ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

MT Dijangka Umum Langkah Pembaharuan UMNO Esok


KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Esok, pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang terpilih semasa pemilihan parti pada perhimpunan agung parti 26 Mac lepas akan bermesyuarat buat pertama kali.


Mesyuarat sulung Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu yang dipengerusikan Presiden baru parti Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat beberapa keputusan berkaitan struktur pucuk pimpinan parti, selain perbincangan mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang.

Ia juga dijangka memfokuskan kepada pentadbiran di peringkat Badan Perhubungan UMNO beberapa negeri.

Ada beberapa pemerhati politik turut meramalkan MT akan membuat beberapa keputusan berani yang mencerminkan usaha pembaharuan dalam parti seperti mana dijanjikan Najib pada perhimpunan agung parti.

Antara negeri yang dijangka terlibat dalam pembaharuan itu ialah Selangor, Perak, Kedah dan kemungkinan besar Terengganu yang baru-baru ini menyaksikan konflik dalaman apabila wujud cakap-cakap politik mengenai usaha menjatuhkan Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Ahmad Said, tersebar luas.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin disebut-sebut akan mengambil alih jawatan Pengerusi dua Badan Perhubungan UMNO negeri iaitu Selangor dan Kedah, bagi menguatkan parti di negeri yang kini ditadbir pembangkang.

Selangor kini dipengerusi bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, manakala Kedah pula dipengerusi Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Selain itu, Presiden parti dijangka mengumumkan lantikan jawatan Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Setiausaha Kerja dan Bendahari parti.

Lazimnya pada mesyuarat sulung itu juga Presiden akan mengumumkan pelantikan beberapa anggota MT sebagai tambahan kepada 25 orang yang dipilih semasa pemilihan parti.

Menurut Perlembagaan UMNO, Presiden boleh melantik tidak lebih daripada 12 anggota MT termasuk seorang daripada sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri.

Sekali gus ini memberi harapan kepada beberapa lagi "muka lama" yang kecundang pada pemilihan lalu tetapi tersenarai dalam Jemaah Menteri baru.

Antaranya ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang gagal untuk merebut satu daripada tiga kerusi Naib Presiden yang dipertandingkan.

Pemerhati politik yakin bekas Menteri Luar itu akan dilantik mengisi satu kerusi MT berasaskan kepada prestasi Rais dalam UMNO selama ini.

Turut dijangka diputuskan esok ialah sama ada Umno akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

Perdana Menteri sebelum ini dilapor berkata Barisan Nasional (BN) mungkin tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Kerusi itu yang disandang PKR kosong selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 33, meletakkan jawatan minggu lalu.

-- BERNAMA - Pautan asal di sini.

1 comments:

Semoga YAB Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan langkah awal usaha transformasi dengan berani mengumumkan suatu keputusan yang memenuhi aspirasi ahli2 di akar umbi demi kepentingan semua. Juga diharapkan konflik kepimpinan UMNO di empat buah negeri, Selangor, Perlis, Terengganu dan Perak dapat diatasi segera dengan bijaksana serta memberi keselesaan kepada semua pihak.


Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers