ASPIRASI BARU
Menyusur Transformasi Menterjemah Aspirasi

Salam ukhuwah! Selamat melayari blog yang membicarakan.......
ASPIRASI BARU - "MENYUSUR TRANSFORMASI, MENTERJEMAH ASPIRASI"
Muqaddimah dan ucapan sulung penulis menyampaikan Salam Aspirasi di sini.


Dikelolakan oleh BHM - Ahli UMNO Bhg. Ampang, Selangor.

DUN Penanti - Reaksi Lim Guan Eng



Lim Akui Kurang Gembira Dengan Perkembangan Terkini Kekosongan TKM 1

PULAU PINANG, 19 April (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui secara peribadi beliau kurang gembira dengan perkembangan yang berlaku berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) dan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti baru-baru ini.

Bagaimanapun Lim berkata demi semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang, beliau menyerahkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

"Saya rasa kurang gembira dengan perkembangan yang berlaku tetapi ada kekosongan bagi jawatan itu (adun Penanti) maka memang perlu ada pilihan raya kecil".

"Tetapi saya rasa tentang pilihan raya kecil itu biarlah tanya (pada) Anwar," katanya pada sidang akhbar media ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai TKM1 dan Adun Penanti.

Lim sebelum itu menyampaikan ucaptama pada seminar "Earth Day Dialogue: Plastic Bag - To Ban Or Not To Ban" di sini, Ahad.

Mengenai pemilihan calon TKM1, Lim berkata :"Kita hanya tunggu cadangan dari beliau (Anwar). Saya telah beri masa kepadanya untuk buat cadangan.

"Untuk mengelakkan lebih banyak spekulasi lebih baik serahkan kepada Anwar untuk menjawab segala persoalan ini. Ada banyak juga khabar-khabar angin mengenai barisan ADUN yang ada kurang layak untuk mengisi kekosongan jawatan TKM1," katanya.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) mungkin tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti nanti, Lim berkata, terpulang kepada BN kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.

"Dalam sistem demokrasi kita ada pilihan untuk berbuat sesuatu, sama ada hendak bertanding atau tidak itu terpulang kepada BN, itulah kebebasan yang ada dalam demokrasi," katanya.

-- BERNAMA - Pautan asal di sini.

0 comments:

Post a Comment

MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG !!

Mohon jasabaik semua pengunjung semoga komentar yang dilontarkan menepati kehendak perbincangan dan tidak lari daripada tajuk asalnya.

Sila berikan kerjasama menggunakan bahasa secara lebih berhemah dan bersopan santun supaya perbincangan kita lebih bermanfaat dan sampai kepada aspirasi sebenar. Matlamat dan objektif haruslah diutamakan.

"BAHASA JIWA BANGSA"

Sekian dimaklumkan. Salam perjuangan.

Followers